Utusan Borneo (Sarawak)

Malcom jaringkan gol penyamaan untuk Bordeaux

-

PARIS, Perancis: Penyerang Bordeaux, Malcom, menjaringk­an gol penyamaan cantik pada minit kecederaan untuk mengikat Lyon 3-3 dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Nabil Fekir melakukan satu lambungan dari jarak jauh seawal minit ke-10 untuk membuka jaringan selepas melihat penjaga gol Bordeaux berada jauh dari posisi sebenar beliau.

Fekir mempunyai tanggungja­wab tambahan di Lyon musim ini selepas mengambil alih jawatan sebagai kapten pasukan ekoran perpindaha­n Alexandre Lacazette, Corentin Tolisso dan Maxime Gonalons.

Kenny Tete meraikan penampilan sulung penuh dengan menjaringk­an gol kedua Lyon pada minit ke-23 dari satu tendangan percuma Memphis Depay.

Malcom merapatkan kedudukan sebelum rehat dari satu tendangan percuma sebelum Lyon cuba menangani asakan demi asakan dengan Bordeaux mempunyai dua peluang awal mengikat kedudukan menerusi cubaan Lukas Lerager.

Bertrand Traore kemudian menjaringk­an satu gol dari tendangan percuma cantik pada minit ke-74 untuk gol ketiga Lyon tetapi Lerager menjaringk­an gol kedua Bordeaux dua minit sebelum tamat permainan, dan Malcom menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan untuk menafikan tiga mata penuh buat Lyon.

Pada perlawanan lain, Wesley Sneijder membuat penampilan sulung dalam Ligue 1 apabila Nice menewaskan Guingamp 2-0 untuk mengutip mata pertama mereka musim ini.

Saint Etienne mencipta tiga kemenangan berturut-turut tanpa bolos pada musim ini apabila Bryan Dabo menjaringk­an dua gol ketika menewaskan pendatang baharu liga, Amiens 3-0.

Gol lewat Emiliano Sala memastikan jurulatih Claudio Ranieri mencipta kemenangan pertama semenjak menjadi jurulatih baharu Nantes apabila menang 1-0 di Troyes sementara Montpellie­r seri 1-1 dengan Strasbourg dan Dijon seri 2-2 di Rennes. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENYELAMAT: Gimenez (dua kanan) meraikan gol jaringanny­a bersama jurulatih, Diego Simeone (kanan) pada perlawanan La Liga di antara Girona dan Atletico Madrid di Girona.
— Gambar AFP PENYELAMAT: Gimenez (dua kanan) meraikan gol jaringanny­a bersama jurulatih, Diego Simeone (kanan) pada perlawanan La Liga di antara Girona dan Atletico Madrid di Girona.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI CEMERLANG: Malcom meraikan gol jaringanny­a pada aksi Ligue 1 di antara Lyon dan Bordeaux di Lyon.
— Gambar AFP AKSI CEMERLANG: Malcom meraikan gol jaringanny­a pada aksi Ligue 1 di antara Lyon dan Bordeaux di Lyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia