Utusan Borneo (Sarawak)

Juve langkah kanan di awal musim

-

MILAN, Itali: Gol dari Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain memastikan Juventus memulakan kempen Serie A Itali dengan kemenangan 3-0 ke atas Cagliari Sabtu lepas juara bertahan itu mengenepik­an keputusan penalti dari pengadil bantuan video (VAR) untuk memulakan kempen dengan bergaya.

J u v e n t u s , yang mem e n a n g i kejuaraan Serie A u n t u k r e k o d k a l i keenam b e r - t u r u t - t u r u t m u s i m l e p a s tetapi tewas di final LigaJuaraJ­uara kepada Real Madrid, mengekalka­n kedudukan mereka di akhir musim lepas iaitu berada di tangga teratas liga. N a - poli juga memulakan musim dengan memberangs­angkan apabila menewaskan pendatang baharu liga, Verona 3-1 di gelanggang lawan dengan Arkadiusz Milik membalas kepercayaa­n jurulatih Maurizio Sarri dengan menurunkan­nya dalam kesebelasa­n utama apabila menjaringk­an gol kedua Napoli. Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, memilih untuk menurunkan Dybala di jentera serangan bersama- sama Higuian dengan Mandz u k i c bergerak di b e - l akang mereka dan juga d e n g a n p a n t a s m e m u j i Buffon pada apa yang merupakan musim terakhir pemain berusia 39 tahun itu bersama kelab.

“Saya menjangkak­an pengadil memberikan penalti tetapi kami mempunyai Buffon, penjaga gol nombor satu. Beliau membantu kami mengelak perkara buruk,” kata Allegri ketika memberitah­u Premium Sport.

Seminggu selepas tewas 2-3 kepada Lazio dalam Piala Super Itali, yang menyaksika­n Dybala menjaringk­an dua gol, Allegri kelihatan paling gembira dengan kemenangan ini.

“Pemain menterjema­hkan permainan dengan sangat baik, jadi saya berasa sangat gembira,” tambah Allegri, yang juga ada memberikan pujian khas kepada Mandzukic.

“Kehadiran beliau cukup penting dalam padang. Apabila kami berdepan dengan kesukaran, kami mengharapk­an sumbangan beliau. Beliau tidak dapat melakukan segalagala­nya tetapi kehadiran beliau di jentera serangan benar-benar membantu.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HEBAT: Mandzukic (kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukann­ya pada aksi Serie A di antara Juventus dan Cagliari.
— Gambar Reuters HEBAT: Mandzukic (kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukann­ya pada aksi Serie A di antara Juventus dan Cagliari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia