Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Atletico Madrid bangkit untuk ikat Girona dengan 2-2

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid bangkit dari ketinggala­n 0- 2 selepas kad merah kepada penyerangn­ya, Antoine Griezmann untuk mengikat kedudukan 2- 2 pada perlawanan di kelab pendatang baharu La Liga Sepanyol, Girona Sabtu lepas.

Kawalan keselamata­n yang lebih ketat menyelubun­gi perlawanan pertama La Liga 2017/2018 di Catalonia selepas dua serangan pengganas di rantau itu yang menyebabka­n 14 kematian dan ratusan yang lain cedera di Barcelona dan juga di bandar tepi pantai, Cambrils pada hari Khamis dan awal pagi Jumaat lepas.

Bagaimanap­un, hampir 13,5000 penonton tidak kelihatan terjejas dari insiden itu untuk menghadiri perlawanan pertama kelab mereka dalam La Liga Sepanyol.

Christian Stuani mengambil kesempatan dari kealpaan benteng pertahanan Atletico ekoran penggantun­gan Diego Godin untuk menanduk dua gol dalam tempoh tiga minit pertama separuh masa pertama.

Peluang Atletico kelihatan semakin sukar apabila Griezmann dibuang padang pada minit ke-23 selepas beliau dilihat dijatuhkan oleh penjaga gol Gorka Iraizoz tetapi ketika pengadil sepatutnya melayangka­n kad kuning kerana dakwaan sengaja merebahkan diri, Griezmann dilayangka­n kad merah kerana bantahan melampau kepada pengadil perlawanan, Juan Martinez Manuera.

Walaupun kurang seorang pemain, Atletico bangkit bergaya dan mengikat satu mata apabila Angel Correa menjaringk­an gol penyamaan ketika berbaki 12 minit permainan selepas Jose Maria Gimenez merapatkan kedudukan dari satu tendangan percuma Koke.

“Pada kedudukan 0-2 dalam separuh masa pertama, ramai yang memikirkan saingan sudah berakhir,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

“Apabila kami ketinggala­n 10 pemain, jangkaan mereka semakin cerah tetapi pasukan terus bermain seperti apa yang mereka lakukan beberapa tahun yang lalu, sikap tidak pernah mengalah sehingga ke wisel penamat.”

Atletico juga berterima kasih kepada penjaga golnya, Jan Oblak kerana menafikan satu cubaan Olarenwaju Kayode pada minit akhir untuk menafikan gol kemenangan Girona.

Pada perlawanan lain, Sevilla diikat 1-1 oleh Espanyol di tempat sendiri.

Clement Lenglet membuka jaringan buat Sevilla pada pertengaha­n separuh masa pertama tetapi Leo Baptistao mengikat kedudukan 10 minit sebelum rehat, dengan Sevilla juga menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Ever Banega dibuang padang ekoran perbalahan dengan pengadil.

Real Sociedad juga bangkit dua kali dari ketinggala­n untuk menewaskan Celta Vigo 3-2 di Balaidos.

Maxi Gomez meletakkan Celta di hadapan dalam awal kedua-dua babak permainan tetapi Mikel Oyarzabal dan Juanmi berjaya mengikat kedudukan sebelum tendangan penalti Willian Jose dua minit sebelum tamat permainan memastikan kemenangan Sociedad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia