Utusan Borneo (Sarawak)

Halep mampu duduki ranking teratas dunia

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS): Simona Halep memiliki peluang ketiga untuk menduduki ranking nombor satu dunia selepas menewaskan pemain tuan rumah, Sloane Stephens 6-2 dan 6-1 dan melangkah ke final kejohanan WTA dan ATP Siri Master Cincinnati di sini Sabtu lepas.

Pemain ranking kedua dunia dari Romania itu, cuba untuk menjadi pemain nombor satu wanita dunia yang ke- 24 dengan menewaskan juara Wimbledon, Garbine Muguruza dari Sepanyol, yang menewaskan juara bertahan dari Republik Czech, Karolina Pliskova 6-3 dan 6-2.

“Jika ia berlaku, ia sememangny­a hebat tetapi jika tidak, saya akan mempunyai lebih banyak peluang. Saya berharap saya dapat melakukann­ya,” kata Halep.

“Saya begitu hampir. Saya benar-benar mahu melakukann­ya.”

Halep, yang belum tewas satu set pun sepanjang minggu ini, sudah gagal dua kali dalam cubaan untuk menjadi pemain nombor satu dunia – pertama sekali apabila tewas di final menentang pemain bukan pilihan, Jelena Ostapenko dan tewas di suku akhir Wimbledon kepada Johanna Konta walaupun pada kedua-dua perlawanan, beliau memenangi set pertama.

“Mungkin esok (final) adalah masa saya,” kata Halep.

“Saya harus memberikan yang terbaik dan jika ia saya menang, ia pastinya benarbenar istimewa. Ia satu peluang yang hebat. Tetapi apa yang pasti, ia satu perlawanan yang sukar menentang juara Grand Slam.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia