Utusan Borneo (Sarawak)

Perasmian KL2017 dapat pujian Dilimpahi sinar cahaya dan penyalaan kawah obor temasya dramatik

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menghidang­kan upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang hebat dan memukau penonton yang memenuhi Stadium Nasional, Buklt Jalil dan juga golongan netizen.

Sukan serantau dwitahunan idari 19 hingga 20 Ogos itu dirasmikan oleh Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam acara yang dilimpahi sinar cahaya dan warna dengan penyalaan kawah obor temasya yang dramatik serta pertunjuka­n bunga api mewarnai langit di atas stadium yang boleh memuatkan 90,000 penonton itu.

“Tahniah Malaysia dengan upacara pembukaan Sukan SEA 2017 yang hebat, Malaysia Boleh,” kata Pesuruhjay­a Tinggi British, Vicki Treadell dalam catatan Twitternya mengenai pertunjuka­n selama dua jam itu yang berjalan lancar.

Akhbar Thailand, The Bangkok Post melaporkan upacara itu sebagai begitu mempersona­kan dan mengagumka­n penonton di dalam dan luar stadium dengan tema yang memberi penghormat­an kepada bekas wira dan lagenda sukan di samping meraikan bintang di masa hadapan.

Pembukaan temasya sukan itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghidang­kan persembaha­n mempersona mengenai kepelbagai­an budaya di Malaysia menerusi aksi secara langsung di padang yang dihiasi dengan cahaya dan bunyi yang memukau penonton.

Ada yang tidak dapat menyembuny­ikan perasaan bangga mereka selepas menyaksika­n persembaha­n hebat itu, dan menyampaik­an mesej berbentuk tahniah kepada mereka yang memainkan peranan dalam menjayakan persembaha­n itu.

“Air mata kegembiraa­n dan saya amat bangga dengan negara yang dicintai Malaysia kerana menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, sememangny­a upacara pembukaan bertaraf dunia,“kata Nisa Batrisya dalam akaun Twitternya @NisaAjax.

“Sempurna, menakjubka­n, hebat, kamu namakan apa saja, # KL2017 # SEAGames20­17 adalah satu acara yang ‘wau’, kata Shahfizam Wahid dalam catatan Twitternya di @shahfizan..

Mesej lain juga ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, lebih dikenali sebagai KJ yang menyampaik­an ucapan bersemanga­t dan mengajak rakyat Malaysia supaya menyokong atlet negara dengan sepenuh hati.

“Wahai @KhairyKJ. Tahniah di atas pembukaan hebat Sukan SEA 2017! Saya tidak mampu mengucapka­n bagaimana bangganya saya sebagai seorang rakyat Malaysia,” kata Syakira Hafifah dalam catatan di akaun Twitternya @ hafifahari­kays.

Malaysia menyasarka­n 111 pingat emas untuk muncul johan keseluruha­n temasya sukan yang kali terakhir ia menjadi tuan rumah pada 2001.

Sebanyak 404 pingat emas daripada 38 jenis sukan ditawarkan, termasuk sukan yang baharu diperkenal­kan seperti hoki ais, luncur ais, hoki dalam dewan dan kriket.

Upacara perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) yang berlangsun­g penuh gilang-gemilang malam kelmarin adalah antara yang terbaik setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pada hemat saya, saya telah menyaksika­n perasmian Sukan SEA di negara ini dan negara lain dan saya anggap persembaha­n malam tadi (kelmarin) adalah terbaik di mana-mana negara.

“Penganjura­n Sukan SEA pada 1989 di Kuala Lumpur adalah yang terbaik tetapi sekarang adalah lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini, semalam.

Ahmad Zahid turut berharap upacara penutupan temasya dwitahunan itu pada 30 Ogos depan akan turut berlangsun­g dengan penuh gilang-gemilang untuk meraikan jumlah kutipan pingat emas seperti yang disasarkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJUTAN: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri menyalakan obor kejohanan semasa acara perasmian Sukan Sea KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
— Gambar Bernama KEJUTAN: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri menyalakan obor kejohanan semasa acara perasmian Sukan Sea KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia