Utusan Borneo (Sarawak)

Jet Li sumber inspirasi Yeap meraih emas acara wushu

-

KUALA LUMPUR: Bintang filem aksi China yang juga jaguh wushu Jet li menjadi sumber inspirasi Yeap Wai Kin untuk memenangi pingat emas pertama peribadiny­a dalam Sukan SEA dan untuk Malaysia dalam acara jianshu (pedang) lelaki, semalam.

Merupakan peminat nombor satu bintang Kuil Shaolin itu sejak kecil, anak kelahiran Pulau Pinang berumur 24 tahun itu mengatasi rakan senegara dan juara piala dunia Wong Weng Son untuk emas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

“Sebelum pertanding­an saya sentiasa menonton video beliau… beliau menjadi sumber inspirasi saya untuk menjadi atlet wushu,” kata pemenang dua pingat emas Kejohanan Remaja Dunia 2011 itu kepada pemberita sebelum upacara penyampaia­n pingat.

“Impian saya untuk menjadi jurulatih dan mengembang­kan sukan wushu di Malaysia kerana wushu masih tidak popular di negara ini. Jadi saya harap kejayaan kami dapat memberi dorongan kepada lebih ramai orang untuk menceburi wushu,” katanya.

Yeap meraih emas dalam acara pedang dua mata selepas mengumpul 9.67 mata, manakala Wong mencatatka­n 9.65 mata. Fun Jin Jie daripada Singapura memenangi gangsa dengan 9.48 mata.

Yeap yang merupakan pemenang dua pingat perak Kejohanan Dunia 2013, akan beraksi dalam acara Qiang Shu (lembing) esok untuk memburu pingat emas kedua di laman sendiri.

Sementara, Wong gembira rakannya Yeap berjaya merangkul emas serta penyudah 1-2 bagi Malaysia, dan berharap untuk meneruskan prestasi kelas dunia itu.

“Hari ini (semalam) saya dan rakan saya dah cuba sedaya upaya supaya pingat emas tidak dihadiahka­n kepada negara lain. Tak kira siapa yang dapat emas, yang penting bagi kami emas milik Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MOHON MAAF: Khairy Jamaluddin bersalaman dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi (kanan) selepas sidang media khas permohonan maaf.
— Gambar Bernama MOHON MAAF: Khairy Jamaluddin bersalaman dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi (kanan) selepas sidang media khas permohonan maaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia