Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad badminton mampu melepasi sasaran dua emas

-

KUALA LUMPUR: Berdasarka­n prestasi baik pemain, skuad badminton negara diyakini mampu membuat kejutan dan melepasi sasaran dua pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Tujuh pingat emas ditawarkan dalam sukan badminton yang membuka tirai pada 22 hingga 29 Ogos ini di Arena Axiata sebagai gelanggang rasmi acara itu.

Malaysia meletakkan dua sandaran pingat emas di bahu beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei serta beregu campuran Goh Soon Huat/Shevon Lai Jamie pada temasya kali ini.

Selain itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyasarka­n dua perak dan empat gangsa.

Walaupun perseorang­an lelaki diwakili Lee Zii Jia dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin tidak diletakkan sebarang sasaran, namun mereka dijangka membuat kejutan.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi Bernama percaya prestasi Iskandar kini semakin baik sejak kehadiran ketua jurulatih perseorang­an lelaki Datuk Misbun Sidek yang telah menaikkan semangat pemain itu untuk terus berusaha.

“Dengan adanya bantuan Misbun, saya rasa kita ada peluang raih emas perseorang­an lelaki. Kalau bukan Iskandar, mungkin Zii Jia. Mereka berdua tunjuk kesungguha­n dan berada pada tahap terbaik tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Mohamad Norza berkata Iskandar bagaimanap­un perlu berhati- hati dengan pihak lawan seperti pemain Indonesia Jonatan Christie yang kini berada di ranking 23 dunia dan Ihsan Maulana (47); Khosit Phetpradab (40) dan Suppanyu Avihingsan­on (57) daripada Thailand serta pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh (54).

Iskandar, juara kebangsaan yang kini berada di ranking ke- 52 dunia, berkata beliau bakal mengetahui siapa pencabarny­a selepas undian badminton dijalankan 21 Ogos pada mesyuarat pengurus pasukan.

Badminton akan bermula dengan perlawanan bagi acara pasukan iaitu pada 22 Ogos sebelum acara perseorang­an mulai 26 Ogos. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia