Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia mula misi pertahan emas Skuad bola keranjang benam Vietnam 88-54 pada perlawanan pembukaan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan misi mempertaha­nkan pingat emas dengan langkah kanan apabila mengalahka­n Vietnam 88-54 pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) di Stadium MABA di sini semalam.

Malaysia, selaku juara sebanyak 13 kali, turun ke gelanggang tanpa kapten pasukan, Nur Izzati Yaakob yang menghidap selesema, dengan penuh keyakinan apabila mendahului 23-15 pada suku pertama sebelum menambah jaringan 44-28 pada suku kedua perlawanan.

Malaysia menguasai perlawanan pada aksi ketiga dengan merekodkan 69-38 mata sebelum menamatkan saingan dengan keputusan muktamad 88- 54.

Meskipun kalah, pemain Vietnam, Trat Thi Nguey Nga muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 19 mata diikuti pemain Malaysia, Chong Yin Yin, dengan 17 mata.

Bagaimanap­un, jurulatih negara, Sze Yuin Yoong tidak berpuas hati dengan pemain pertahanan yang lebih banyak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk melakukan jaringan.

“Saya rasa pemain amat relaks kerana perlawanan pembukaan... oleh itu benteng pertahanan tidak begitu kukuh. Kita perlu atasi masalah ini dengan segera kerana Indonesia dan Filipina akan bermain dengan lebih agresif,” katanya selepas perlawanan itu.

Malaysia akan berdepan dengan Singapura hari ini disusuli Indonesia pada hari berikutnya, Filipina ( Khamis), Myanmar (Jumaat) sebelum menamatkan saingan dengan menentang Thailand, Sabtu ini.

Terdahulu, Indonesia, penyandang pingat perak, menewaskan Myanmar 94-49.

Mengikut format pertanding­an, setiap pasukan akan bermain enam perlawanan dengan pasukan yang memenangi pusingan liga akan memenangi emas manakala pasukan di tangga kedua memperoleh perak dan gangsa kepada pasukan yang menghuni tangga ketiga. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELOMPAT TINGGI: Pemain bola keranjang Malaysia Ting Chiau Teng (tiga kiri) membuat jaringan ketika menentang pasukan Vietnam di peringkat ‘Round Robin’ wanita pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama MELOMPAT TINGGI: Pemain bola keranjang Malaysia Ting Chiau Teng (tiga kiri) membuat jaringan ketika menentang pasukan Vietnam di peringkat ‘Round Robin’ wanita pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KENCANG: Pemain Malaysia (kiri) membuat libasan semasa menentang Filipina dalam acara regu, semalam.
— Gambar Bernama KENCANG: Pemain Malaysia (kiri) membuat libasan semasa menentang Filipina dalam acara regu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia