Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan wujudkan kemudahan basikal latih atlet di Sibu

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berharap kerajaan negeri mempertimb­ang mewujudkan kemudahan berbasikal di Sibu dalam usaha melahirkan pelumba berpotensi bakal mengibarka­n cabaran negeri dan negara.

Beliau berkata, setelah kemudahan itu ditubuh baharu boleh melatih dan membangunk­an atlet-atlet lelaki dan wanita dalam acara berbasikal secara profesiona­l.

“Saya sering menerima komen daripada penung- gang basikal di sini dengan kekurangan kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk komuniti basikal di Sibu,” katanya pada pelancaran Jerayawara Berbasikal di sini kelmarin.

Jerayawara tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak dan MSNS dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu.

Katanya, walaupun mereka menggalakk­an orang ramai menggunaka­n laluan Taman Tasik Permai berbasikal tetapi terletak jauh.

Pengerusi Majlis Per- bandaran Sibu ( MPS) itu memohon jasa baik kedua-dua kelab berbasikal di Sibu iaitu Kelab Berbasikal Swan dan Kelab Berbasikal Sri Rajang melatih ahli-ahli mereka bagi pertanding­an selain menjadikan aktiviti berbasikal.

Hii dalam ucapan aluannya berkata, Jerayawara Berbasikal itu bagi mewujudkan kepentinga­n dan kesedaran lebih tinggi dalam aktiviti berbasikal dalam membawanya ke tahap lebih tinggi.

Selain itu, bagi mencungkil bakat baharu diserap dalam Program Berbasikal Negeri sekali gus mempromosi Sukan Sarawak (SUKSAR) 2017 serta kerjaya dalam berbasikal.

Kategori acara berbasikal pada SUKSAR 2017 ialah Race Road 80km (lelaki) & 50km (wanita), 1000M Sprint (lelaki), 500M Sprint (wanita), Bike Mountain Country Cross (lelaki & wanita) Percubaan Masa (20km-Men & 15kmWanita).

Hii berkata, seramai 12 lelaki dan lapan wanita akan mewakili Zon Tengah bertanding dalam acara berbasikal pada SUKSAR 2017 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia