Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar sewa tinggi, Kompleks Sukan Petanque lengang

-

KUCHING: Berikutan kadar sewa tinggi, Kompleks Sukan Petanque Negeri Sarawak di Kampung Santubong dekat sini lengang tidak digunakan orang ramai terutamany­a pemain-pemain dan penggiat sukan tersebut.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata situasi itu berkemungk­inan menyekat hasrat untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat dalam sukan petanque di negeri ini sekiranya tidak diambil perhatian.

Beliau mengakui menerima aduan daripada beberapa persatuan berhubung kesukaran menggunaka­n prasarana sukan tersebut disebabkan bayaran sewa yang agak mahal.

“Saya ada terima aduan daripada beberapa persatuan yang mengatakan mereka sukar menggunaka­n kompleks sukan tersebut.

“Malah, ada persatuan terpaksa menarik diri dan membatalka­n tempahan untuk menggunaka­n venue itu kerana tidak mampu membayar sewa yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada perasmian Karnival Sukan Agensi Islam 2017 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai itu berharap pihak berkaitan termasuk Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak dapat mengkaji dan menilai semula kadar sewa tersebut agar tidak membebanka­n pelbagai pihak.

Menyedari kos penyelengg­araan tinggi, Dr Abdul Rahman berkata asas objektif pembinaan kompleks tersebut adalah khas untuk kegunaan orang ramai.

Namun, sekiranya perkara ini tidak di ambil perhatian dikhuatiri hanya segelintir badan- badan besar atau korporat sahaja dapat menggunaka­n kemudahan sukan tersebut dan secara tidak langsung kemudahan lengkap dibina dengan harga tinggi menjadi ‘gajah putih’.

“Apapun kita berterima kasih dengan kerajaan negeri kerana memilih kawasan DUN Pantai Damai untuk membina sebuah kompleks sukan digunakan venue sukan petanque pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

“Dengan adanya prasarana kompleks sukan petanque ini dijadikan sebagai pusat sukan yang standard serta lengkap untuk kemudahan pemainpema­in dan penggiat sukan itu di Sarawak,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau turut kesal kemudahan sedia ada tidak dapat digunakan oleh golongan belia di Kampung Santubong yang aktif dalam sukan petanque selain terpaksa bermain di gelanggang lama seperti di dewan dan sekolah.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman berkata perkara itu telah dimaklumka­n kepada Pengarah MSN Sarawak, Dr Ong Kong Swee dan bersetuju mengadakan perbincang­an untuk menangani isu tersebut minggu depan.

“Kita bawa sekali ahli gabungan Persatuan Petanque Sarawak seluruh negeri melibatkan persatuan petanque bahagian untuk bantu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menyelengg­arakan kompleks itu sekali gus mungkin dapat atasi masalah dihadapi,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyempurn­akan perasmian karnival sukan antara agensiagen­si Islam 2017 di negeri ini yang berlangsun­g dari 20 Ogos hingga 22 Oktober depan membabitka­n 14 agensi dalam enam jenis sukan termasuk boling, futsal, badminton, pingpong, petanque dan karom.

Hadir sama Yang Dipertua MIS, Datu Misnu Taha dan Pengarah Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie.

 ?? — Gambar Bernama ?? JUARA: Atlet bola jaring Malaysia mempamerka­n pingat emas yang dimenangi selepas menjinakka­n juara bertahan Singapura pada final Sukan SEA ke 29 KL2017, semalam.
— Gambar Bernama JUARA: Atlet bola jaring Malaysia mempamerka­n pingat emas yang dimenangi selepas menjinakka­n juara bertahan Singapura pada final Sukan SEA ke 29 KL2017, semalam.
 ??  ?? TANDA KENANGAN: Abdul Rahman bersama Misnu dan Abang Mohd Shibli bergambar kenangan sebelum memulakan karnival.
TANDA KENANGAN: Abdul Rahman bersama Misnu dan Abang Mohd Shibli bergambar kenangan sebelum memulakan karnival.
 ??  ?? LANCAR: Tiong (tengah, barisan belakang) melancarka­n Jerayawara Berbasikal, kelmarin.
LANCAR: Tiong (tengah, barisan belakang) melancarka­n Jerayawara Berbasikal, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia