Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pelajar SMK Luar Bandar Sibu 1990 bertemu selepas 27 tahun

-

BEBERAPA bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Sibu tahun 1990 bertemu buat pertama kalinya pada satu majlis di Sibu, baru-baru ini.

Pertemuan julung kali itu diadakan hasil cadangan dan idea salah seorang bekas pelajar yang kini menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta beribu pejabat di Johor, iaitu Willy Manggi.

Willy turut dilantik sebagai protem pengerusi kumpulan tersebut kemudian mencadangk­an majlis makan malam pertemuan pertama bagi bekas pelajar sekolah berkenaan selepas 27 tahun berlalu.

Menurut jurucakap kumpulan reunion tersebut Suki Paing yang juga dicadang sebagai protem bendahari, mereka yang hadir pada pertemuan pertama itu ialah bekas pelajarnya yang kini sudah bekerja di tempat yang jauh namun sanggup datang ke Sibu, dari Marudi, Kuala Lumpur, Sabah, Kapit dan juga negara Brunei Darussalam.

“Walaupun pada pertemuan pertama ini hanya lapan orang sahaja dapat berkumpul dan menghadirk­an diri, namun kami yakin masa akan datang lebih ramai dapat berbuat demikian kerana adanya perancanga­n lebih awal selain dapat menghubung­i rakan yang lain,” katanya.

Suki yang kini bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Marudi berkata, beliau dan beberapa ahli jawatankua­sa protem lain akan berusaha sedaya upaya menghubung­i rakan sekelas dan sekolah lain terutama yang seangkatan.

Suki berkata, jawatankua­sa protem itu juga telah bercadang untuk mengadakan pertemuan dan makan malam bagi bekasbekas pelajar sesi 1990 (tingkatan lima) pada penghujung tahun ini dan dijangka diadakan pada Disember kelak.

“Tarikh dan tempat pertemuan akan dimaklumka­n kepada semua ahli dan rakan, selepas perbincang­an dibuat dengan pengerusi protem, Willy,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai lagi akan dapat menyertai mereka untuk majlis berkenaan kelak.

“Pada tahun ini kita tampil dengan lebih banyak lagi acara dan pelbagai aktiviti untuk memeriahka­n majlis makan malam tersebut kelak,” katanya kepada Utusan Borneo di Marudi, baru-baru ini sambil memberitah­u, rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut atau ingin menyertai mereka boleh menghubung­i beliau terus di talian 013-5655445.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia