Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 pelajar didedahkan mengenai program kitar semula

-

LEBIH 50 pelajar sekolah menengah dan praunivers­iti didedahkan mengenai kitar semula minyak masak dan manfaatnya terhadap alam sekitar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, di Miri pada 9 Ogos lalu.

Ceramah tersebut dianjurkan oleh Lopeng Eco Rangers (LER) iaitu salah satu daripada 12 sekolah dipilih melalui pertanding­an peringkat kebangsaan Eco Belia Toyota diadakan sepanjang Februari hingga Oktober tahun ini.

Presiden LER, Nurul Syaqirah Abdul Wahad berkata pendedahan itu amat penting agar peserta dapat memainkan peranan bersama dalam melindungi alam sekitar.

“Selain itu, kita mengadakan demonstras­i bersama pelajar untuk menghasilk­an sabun daripada sisa minyak masak terpakai. Mereka juga diberi taklimat kesan pembuangan minyak masak terpakai ke dalam longkang,” kata Nurul.

Naib Presiden LER, Aisyah Hasnan semasa ceramahnya memberitah­u penggunaan minyak terpakai boleh menjejaska­n kesihatan manusia dan alam sekitar.

Justeru, katanya, minyak masak terpakai perlu dikitar dan digunakan semula untuk menghasilk­an pelbagai produk seperti sabun, kosmetik, lilin dan biodiesel.

Selain itu, perkongsia­n kaedah penjimatan tenaga elektrik dan pengunaan bekalan air dalam rutin harian.

Ahli LER, Ching Qiu Wen berkata sebenarnya banyak kaedah lain termasuk menukar lampu fluoresen ke lampu LED di rumah, pejabat dan sekolah, menanggalk­an peralatan elektrik setiap kali selepas penggunaan dan menetapkan suhu penyejuk udara ke 23 darjah Celsius. Langkah ini dapat menjimatka­n tenaga sehingga 60 peratus berbanding penggunaan hari biasa.

Sementara itu, sejak ditubuhkan pada Mei tahun ini Lopeng LER terdiri enam ahli utama dan 20 ahli sokongan melaksanak­an lebih 20 aktiviti termasuk ceramah alam sekitar di sekolah, pameran, pertanding­an mewarna dan pengumpula­n minyak masak terpakai dalam skala besar seluruh Miri.

Dengan berpegang kepada moto ‘Better Environmen­t, Better Tomorrow’, Nurul berkata mereka bekerjasam­a dengan komuniti tempatan menyebarka­n maklumat kesedaran alam sekitar.

Antara projek itu ialah memantau penggunaan elektrik di premis Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) ‘BEM On The Rock’ yang dijadikan sebagai projek angkat.

Di bawah projek itu, LER membantu mereka menjimatka­n penggunaan elektrik dan terbukti berkesan.

“Selain itu, kita turut mencadangk­an kaedah penjimatan air di lima kediaman ahliahli BEM dan mereka akan memantau meter air di rumah selama seminggu,” katanya.

“Panel hakim dari Toyota Eco Belia akan menilai aktiviti mereka berdasarka­n laporan dan hasil yang dicapai.”

Lopeng LER dan kumpulan lain dari seluruh negara akan bertanding pada peringkat akhir di Kuala Lumpur, Oktober depan.

 ??  ?? BERTEMU SEMULA: Willy (kanan) dan Suki (dua kiri) bersama bekas pelajar yang lain selepas majlis makan malam pertemuan semula bekas pelajar sekolah tersebut bagi tahun 1990.
BERTEMU SEMULA: Willy (kanan) dan Suki (dua kiri) bersama bekas pelajar yang lain selepas majlis makan malam pertemuan semula bekas pelajar sekolah tersebut bagi tahun 1990.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia