Utusan Borneo (Sarawak)

‘Abang’ mungkin ada kaitan dengan pembanguna­n pendidikan

- Oleh Saleman Senin

PEMBABITAN masyarakat terdahulu berketurun­an ‘Abang’ mungkin mempunyai sejarah tersendiri dalam membangunk­an institusi pendidikan di negeri ini.

Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Nasir Salem berpendapa­t, mungkin keturunan Abang ada kaitan pembukaan banyak sekolah di negeri ini sehingga ada mengabadik­an nama tersebut kepada sekolah.

“Perkara menarik di Betong ini ialah kebanyakan sekolah menyertai program hari ini bermula dengan nama Abang, yang mungkin ada sejarah pertalian keluarga dan berkaitan antara satu sama lain.

“Seperti contoh Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong, SK Abang Leman Kabong, SK Haji Abang Matahir Sarikei dan SK Abang Amin Maradong. Ini tidak termasuk sekolah di Kuching, Sri Aman dan Sibu.

“Kita mungkin tidak pernah terfikir untuk mengkaji salasilah keluarga Abang yang jauh merantau apabila nama mereka diabadi dan kekal menjadi nama institusi terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Aneka Ceria Prasekolah Peringkat Zon 2 Sarawak tahun 2017 yang berlangsun­g di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong, baru-baru ini.

Tambahnya, Aneka Ceria Prasekolah merupakan program anjuran JPNS dengan kerjasama PPD di setiap zon bermula di Kuching, Lawas, Betong seterusnya di Bintulu.

“Kita berharap bakat diketengah pada peringkat ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Pada masa sama program berkaitan adalah digariskan untuk mencungkil bakat dalam bahagian tertentu serta menyerlah penampilan diri kanak-kanak di khalayak ramai selain dapat berinterak­si dengan kanak-kanak sekolah lain.

“Di Betong sahaja ada 66 kelas prasekolah ditubuhkan, memperuntu­k 25 kanakkanak setiap kelas tetapi malangnya, ada kelas tidak ramai yang mendaftar,” katanya.

Program dirangka sebagai salah satu platform kepada kanakkanak prasekolah menyerlahk­an bakat dan potensi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) selain usaha guru sebagai pemangkin gaya hidup sihat serta menggilap bakat sedia ada kepada anak didik. Objektif khusus memberi peluang kepada murid-murid membina sikap berani, bertanggun­gjawab dan berketeram­pilan seterusnya membentuk gaya kreativiti serta estetika menghargai alam dan warisan budaya.

Bagi Zon 2 ini sebanyak enam PPD menyertai iaitu Sri Aman, Lubok Antu, Saratok, Sarikei, Maradong dan tuan rumah Betong yang diwakili sekolah-sekolah dalam PPD terbabit.

Turut hadir Penolong PPD Betong Aleksey Aman, pegawaipeg­awai dari JPNS, PPD Betong, Pegawai Meja Prasekolah PPD, guru-guru prasekolah serta ibu bapa.

 ??  ??
 ??  ?? CERAMAH: Lutong Eco Rangers bersama guru penyelia, Ting Ding Leong sebelum bermulanya ceramah kesedaran alam sekitar di SMK Lutong.
CERAMAH: Lutong Eco Rangers bersama guru penyelia, Ting Ding Leong sebelum bermulanya ceramah kesedaran alam sekitar di SMK Lutong.
 ??  ?? SIJIL PENGHARGAA­N: Nasir menyampaik­an sijil kepada wakil sekolah yang menyertai Aneka Ceria Prasekolah.
SIJIL PENGHARGAA­N: Nasir menyampaik­an sijil kepada wakil sekolah yang menyertai Aneka Ceria Prasekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia