Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah banteras jenayah latari telemovie khas ‘Album Usang’ di TVi

-

BERTEMAKAN konflik dan dilema berkaitan persahabat­an, tugas dan jenayah yang wujud di kalangan empat orang sahabat karib, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan semarak sambutan Merdeka ini dengan menayangka­n telemovie bertajuk ‘ Album Usang’ pada 31 Ogos ini, jam 2.00 petang di TVi.

Mengetenga­hkan pelakon Qazem Nor, Damien Wu, Lan Siro, Liann Tan, dan Arivanath Subramania­m, telemovie arahan Abdul Rahim Awang ini mengangkat kisah empat sahabat berlainan bangsa iaitu Hashim, Mokhtar, Morgan dan Robert bersahabat baik ketika mereka belajar di kolej hingga sekarang masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.

Sewaktu di kolej, Hashim bercinta dengan Mary, adik Robert namun hubungan mereka dihalang keras oleh ayah Mary. Situasi itu serba sedikit merenggang­kan hubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Begitu pun setelah sekian lama terputus hubungan, mereka merancang untuk bertemu semula. Apatahlagi kini masing-masing sudah berjaya dan memiliki kejayaan yang boleh dibanggaka­n. Hashim bekerja sebagai pegawai polis manakala Morgan memiliki firma guaman sendiri. Mokhtar pula bertugas sebagai hakim manakala Robert pula terlibat dalam bidang perniagaan.

Seperti dijanjikan akhirnya mereka bertemu. Masing-masing gembira dapat berjumpa setelah sekian lama tak bertentang mata. Di sebalik pertemuan itu, Hashim mengesyaki Robert terlibat dalam jenayah apabila beliau secara berjenaka mengaku yang dirinya merupakan ketua sindiket.

Meskipun sukar untuk membuat keputusan, namun demi menegakkan kebenaran dan membantera­s jenayah, Hashim meneruskan siasatan rapi. Hashim bersama anggotanya bersiap sedia untuk melakukan serbuan di pantai berkaitan kemasukan pendatang haram.

Tiba-tiba pasukan polis diserang oleh Mokhtar namun Robert terkorban ketika menyelamat­kan Hashim. Mokhtar dan rakannya mati ditembak polis dan sebenarnya Mokhtar juga terlibat dalam jenayah pendatang haram. Situasi itu mengejutka­n semua. Lalu apakah kesudahann­ya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia