Utusan Borneo (Sarawak)

Siri terbaru di Netflix

-

Metropolis.

“Dari segi sejarah, ada orang merakamkan tempat lain untuk New York. Setakat tahap tertentu, ia berkesan apabila kita berurusan dengan orang yang tidak pernah pergi ke New York,” kata Colter, 40 tahun.

“Tetapi jika anda pernah ke New York, anda dapat tahu. New York sangat penting kerana saya rasa ia melambangk­an kebebasan tertentu bagi dunia.”

‘The Defenders’ dibezakan daripada banyak filem dan siri adiwira dalam masa yang diperlukan untuk menerokai konflik dalaman yang menghantui setiap daripada wira-wiranya.

Jessica Jones, khususnya, menghadapi masalah untuk mencari tempatnya dalam dunia, dicalar oleh “trauma dan ketidakadi­lan” selepas kehilangan ibu bapa dalam satu nahas kereta, kata Ritter, 35 tahun.

Apabila mereka disatukan, setiap daripada empat ‘Defenders’ (Pembela) tersebut sedang dalam peralihan, tanpa kostum adiwira, sambil mencari identiti.

“Saya membina Jones dari bawah ke atas, berdasarka­n kisah latarnya, apa yang dia sudah lalui dalam hidupnya dan bagaimana dia memandang dunia – dengan sedikit kelucuan sebagai tambahan untuk meringanka­n keadaan,” kata Ritter.

Dia menambah dia melihat Jones sebagai “watak yang mempunyai adikuasa” dan bukan sebagai seorang adiwira.

“Bagi saya, ia adalah watak dahulu, drama dahulu. Saya hanya menanganin­ya seperti saya menangani manamana watak lakonan lain.”

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia