Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia sedia hadapi ekonomi digital

Tahap kesedaran ahli perniagaan berkaitan ekonomi digital amat tinggi

-

KUALA LUMPUR: Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), unit Tan Chong Motor Holdings Bhd’s ( TCMH), telah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada pihak peguam yang mewakili syarikatsy­arikat bas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru- baru ini, TCMH berkata peguam itu mewakili Transnasio­nal Express Sdn Bhd, Plusliner Sdn Bhd, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd, Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd, Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd, Konsortium Transnasio­nal Bhd dan MHSB Properties Sdn Bhd.

TCMH berkata plaintifpl­aintif terbabit memohon injunksi yang antara lainnya:

# Menghalang TCIE daripada sebarang pemilikan semula dan pelupusan kenderaan tertakluk kepada Perjanjian Penyelesai­an antara plaintifpl­aintif dan TCIE sehingga pelaksanaa­n tindakan;

# Menghalang TCIE daripada memeterai sebarang urusan berkaitan tanah serta pengisytih­aran berkaitan nilai tanah MHSB sebanyak RM55.6 juta;

# Menghalang TCIE daripada mengambil sebarang tindakan penguatkua­saan di bawah Perjanjian Penyelesai­an antara plaintif-plaintif dan TCIE sehingga pelaksanaa­n tindakan; dan

# Pembayaran semula pampasan daripada penjualan sebahagian tanah dan jumlah sebanyak RM22.6 juta.

Permohonan injunksi itu ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Malaya pada 23 Ogos, 2017.

Peguam TCIE berpendapa­t bahawa tindakan itu dibuat tanpa sebarang asas undangunda­ng dan TCIE telah mengarahka­n peguamnya untuk memfailkan permohonan membatalka­n tindakan tersebut. — Bernama KUALA LUMPUR: Ekonomi digital merupakan trend yang semakin berkembang dalam landskap perniagaan global, dengan jumlah organisasi, perniagaan dan pelabur yang melaksanak­annya semakin meningkat.

Ekonomi digital merujuk kepada suatu yang berdasarka­n kepada teknologi pengkomput­eran digital dan dijangka menjadi cara perniagaan dijalankan pada masa depan. Kaedah yang digunakan terbukti menjadi lebih berkesan dari segi kos dan masa, berbanding cara tradisiona­l.

Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia melaksanak­an banyak strate- gi, termasuk peralihan kepada ekonomi digital, untuk terus kompetitif dan relevan kepada persekitar­an perniagaan yang moden.

Ketua Pengurusan Pelanggan Global bagi Asia Pasifik BNY Mellon, Gregory T. Roath berkata Malaysia berada di landasan yang betul, dari segi kesedaran dan minat terhadap ekonomi digital, atau juga dikenali sebagai ekonomi Internet.

“Berbincang dengan pelanggan kami ( di Malaysia), seperti dana persaraan, mereka bersedia ( untuk memulakan ekonomi digital) dan berbincang dengan kami (mengenainy­a) untuk mendapat pemahaman mengenai apa yang BNY Mellon lakukan (berhubung pembanguna­n ekonomi digital) dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada mereka.

“Malah, sebahagian daripada pelanggan kami di rantau ini telah mengunjung­i pusat inovasi kami, termasuk di Lembah Silicon.

“Tahap kesedaran dalam kalangan ahli perniagaan Malaysia berkaitan ekonomi digital amat tinggi pada masa ini, setanding dengan organisasi utama lain di rantau ini, berhubung pemahaman mereka mengenai teknologi dan minat untuk menggunaka­n teknologi terkini,” katanya kepada Bernama.

Ditubuhkan pada 1784, BNY Mellon merupakan bank tertua di Amerika Syarikat. Ia kini menjadi syarikat pelaburan global, dan menumpukan kepada dua bidang, iaitu perkhidmat­an pelaburan, yang secara amnya membabitka­n pengurusan aset, dan, pengurusan pelaburan, ke arah pengendali­an aset tersebut.

Roath berkata BNY Mellon mempunyai kaedah untuk memacu inovasi yang mengubah cara orang bekerja dan berfikir.

“Di peringkat global, kami telah menubuhkan sembilan pusat inovasi. Setiap pusat menumpukan kepada pelbagai aspek trend teknologi moden.

“Kami menggunaka­n pusat inovasi, bukan sahaja untuk tujuan dalaman dari segi mengubah sikap kita sendiri, tetapi turut melibatkan pelanggan kami. Kami mempunyai pelanggan yang datang dan melawat (pusat tersebut) dan bekerjasam­a, mengusahak­an projek tertentu bersama,” katanya.

Dalam melaksanak­an ekonomi digital, katanya antara cabarannya ialah memahami, menyesuaik­an dan mengenali perubahan, selain mengkaji impak kepada pelanggan dan BNY Mellon sendiri.

“Kadar teknologi kini mungkin lebih cepat berbanding sebelumnya. Bagi yang telah menjadi bank legasi, apa yang kita bincangkan pada hari ini berbeza daripada apa yang dibincangk­an sebelum ini. Kita semua mendapat pemahaman baharu dan menjadi lebih celik teknologi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia