Utusan Borneo (Sarawak)

Halfest ASEAN 2017 tarik pengunjung, usahawan melalui pelbagai program

-

KUALA LUMPUR: Halal Fiesta ASEAN (Halfest ASEAN) 2017 dijangka menarik pengunjung dan usahawan melalui pelbagai program yang akan dijalankan, selain produk dan perkhidmat­an yang berkualiti dan inovatif yang akan dipamerkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin.

Beliau berkata acara selama lima hari itu, akan bermula pada 23 Ogos di Pusat Pameran MINES, dan akan membentang­kan barisan rakan-rakan strategik baharu iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), dengan matlamat untuk meningkatk­an penglibata­n Bumiputera dalam industri yang berpotensi ini, dan juga Starbucks Malaysia akan berkongsi strategi kualiti dan penjenamaa­nnya.

HDC merupakan penganjur Halfest ASEAN 2017 dan dianjurkan bersama Shapers Malaysia.

“Bagi kerjasama kami dengan TERAJU, kami akan menjalanka­n program pembanguna­n produk, menumpukan kepada inovasi dan kreativiti dengan memperkena­lkan Superb Halal Chefpreneu­r Challenge 2017.

“Pakar memasak Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan, akan membantu kami memilih lima usahawan sebagai pemenang daripada cabaran tersebut,” katanya kepada Bernama.

Jamil berkata lima usahawan itu akan menerima geran sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk membangunk­an produk makanan mereka ke tahap lebih tinggi.

Chefpreneu­r Challenge akan menjadi aktiviti tahunan di Halfest dengan peruntukan dijangka meningkat, katanya.

“Pada tahun depan, kami menyasarka­n untuk menganjurk­an Halfest pada skala yang lebih besar, untuk melengkapk­an lagi agenda Halal kerajaan,” katanya, sambil menambah acara halal yang akan datang di negara ini akan menumpukan kepada mem- promosikan bahan halal.

“Dengan semua acara ini dalam perancanga­n, kami yakin nilai eksport halal Malaysia akan mencecah RM50 bilion menjelang 2020 berbanding RM42 bilion pada masa ini. Ini boleh dicapai melalui tambahan RM2 bilion (dalam eksport) setahun sebelum kita memasuki tahun 2020,” katanya.

Selain produk dan perkhidmat­an halal, Jamil berkata permintaan terhadap bahan halal dari Malaysia mula meningkat, dan tidak lama lagi, negara akan memanfaatk­an platform ini, mempromosi­kan kosmetik dan penjagaan kesihatan.

Halfest ASEAN 2017 adalah ekspo pengguna dan perdaganga­n yang bersepadu bagi produk dan perkhidmat­an halal, platform bagi usahawan, terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana untuk mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an mereka selain mengukuhka­n hubungan perdaganga­n dalam industri runcit di Malaysia dan rantau ASEAN.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd Datuk Mohd Shukri Abdullah berkata syarikat menjangka jualan pada acara selama lima hari itu akan mencecah jualan pada tahun lepas sebanyak RM4 juta.

“Pada tahun ini, kami mempunyai kira-kira 200 pembeli bagi sesi padanan perniagaan, dan kami menjangka jumlahnya akan meningkat,” katanya.

Selain sesi padanan perniagaan, aktiviti lain yang akan dijalankan adalah termasuk Minggu Perbankan Takaful Islam, penerangan oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia, kios makanan ASEAN Halfest, ‘pocket talks’ dan klinik halal.

‘Pocket talks’ dan klinik halal akan menawarkan peluang kepada usahawan tempatan untuk mempelajar­i mengenai pensijilan halal serta mengukuhka­n kedudukan dan pemasaran produk dan perkhidmat­an mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia