Utusan Borneo (Sarawak)

Kewangan Islam kurang tenaga kerja, beri kesan kepada terbitan sukuk berkualiti

-

KUALA LUMPUR: Kekurangan sukuk yang berkualiti tinggi dalam pasaran kewangan Islam disebabkan kekurangan tenaga kerja yang berbakat, jurang yang perlu diisi dengan segera untuk Malaysia kekal berada di barisan hadapan dalam industri tersebut, di peringkat global.

Bekas Presiden Institut Akauntan Malaysia ( MIA) Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata ini boleh memberi ancaman yang besar kepada pertumbuha­n industri itu pada masa akan datang, selain mengehadka­n potensi kemajuan dalam pasaran sukuk.

“Bank- bank Islam tidak mempunyai aset berkualiti tinggi yang mencukupi untuk melabur. Jika instrumen itu di bawah penarafan- BBB, mereka tidak boleh melabur berikutan mereka mahu mengekalka­n nilai prinsip,” katanya kepada Bernama.

Mohammad Faiz juga berkata terdapat kekurangan aset selamat pada masa ini, menjadikan terbitan oleh Khazanah Nasional Bhd atau kerajaan, sentiasa terlebih langganan.

Mengenai masa depan terbitan sukuk global, Mohammad Faiz percaya peluang kini wujud bagi terbitan dari Indonesia, yang mempunyai banyak pelan infrastruk­tur seperti membina lebih banyak jalan raya, mempunyai kereta api, pelabuhan, lapangan terbang yang lebih baik dan lain-lain.

“Apabila kita mahu pelabur antarabang­sa melabur di (negara kita), ia perlu menjadi suatu yang mereka boleh fahami, projek yang sesuai terutamany­a dari segi cukai dan tujuan perakaunan,” katanya.

Mohammad Faiz menggesa penggiat dalam kewangan Islam tempatan untuk bekerjasam­a dalam membimbing dan membina kumpulan tenaga kerja untuk mewujudkan persekitar­an yang lebih baik, dan membantu meningkatk­an sumbangan industri itu kepada pertumbuha­n ekonomi secara keseluruha­nnya.

“Ketika ini, terdapat ramai yang berminat dalam industri tersebut, tetapi pengetahua­n mereka amat cetek,” katanya.

Dalam kertas strategik Bank Negara Malaysia (BNM) barubaru ini, bank pusat itu mendedahka­n kadar pertumbuha­n tahunan industri kewangan Islam perlahan daripada 24.2 peratus pada 2011 kepada 8.2 peratus tahun lepas.

Mohammad Faiz berkata MIA telah melancarka­n ‘Mini Pupillage Programme’ untuk mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang berpengeta­huan dan khusus dalam bidang kewangan Islam, yang akan menyumbang kepada organisasi dan industri masing-masing.

“Kami mahu melahirkan individu yang terlatih dalam bidang Kewangan Islam dengan wakil daripada pihak berkepenti­ngan yang relevan dalam ekosistem itu.

“Kami di MIA mempunyai peranan yang penting terutamany­a dalam membimbing tenaga kerja kewangan Islam dalam kalangan akauntan, dan memastikan negara berdaya saing dan mampan, pada masa akan datang,” katanya.

Program selama setahun itu, yang bermula awal bulan ini, akan mempunyai tiga modul iaitu sesi latihan, sesi tutorial dan pembanguna­n kajian kes, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia