Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia mampu catat pertumbuha­n KDNK lebih 5.0 peratus tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mencatat perkembang­an ekonomi melebihi 5.0 peratus bagi tahun penuh 2017 berikutan kemampuan mencapai pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kukuh sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini.

Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata jika jangkaan itu menjadi kenyataan, ia akan menjadikan Malaysia antara negara yang mencatat ekonomi mem- berangsang­kan di rantau ASEAN.

Beliau turut menyifatka­n prestasi KDNK negara pada suku kedua 2017 yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam sebagai satu kejutan positif berikutan jangkaan bahawa ekonomi akan berkembang pada kadar lebih perlahan selepas mencatat 5.6 peratus pada suku pertama.

“Ia jelas memaparkan peningkata­n permintaan global yang kukuh secara berterusan dan terutamany­a penggunaan swasta yang menokok 7.1 peratus.

“Aliran pertumbuha­n penggunaan itu juga menunjukka­n bahawa kesan berterusan akibat pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) serta penyusutan nilai ringgit, semakin reda,” katanya kepada Bernama, semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, BNM mengumumka­n pertumbuha­n 5.8 peratus dalam KDNK pada suku kedua 2017 itu lebih tinggi berbanding 4.0 peratus pada suku sama tahun lepas.

Peningkata­n lebih baik daripada 5.6 peratus pada suku pertama 2017 itu dipacu oleh pertumbuha­n kukuh dalam eksport kasar, sektor perkhidmat­an dan pembuatan serta pelaburan swasta.

Menurut bank pusat itu, sasaran pertumbuha­n KDNK yang diunjurkan pada tahun ini akan diumumkan pada pembentang­an Bajet 2018 dan dijangka lebih tinggi daripada angka awal sebanyak 4.3 hingga 4.8 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia