Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai Q2 Tune Protect jatuh kepada RM13.1j

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Tune Protect Group Bhd pada suku kedua berakhir 30 Jun 2017 jatuh 63 peratus kepada RM13.1 juta berbanding RM35.2 juta dalam suku yang sama setahun lalu.

Pendapatan bagaimanap­un meningkat kepada RM133.87 juta berbanding RM125.5 juta yang dicatat sebelum ini, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, barubaru ini.

Tune Protect berkata, keuntungan merosot disebabkan peningkata­n tuntutan insur- ans motor dan perniagaan insurans am.

“Walaupun untung merosot, kami gembira dengan pertumbuha­n pendapatan kami.

“Premium bertulis kasar naik sebanyak 11.3 peratus, dipacu oleh perniagaan motor, minyak luar pesisir, kejurutera­an dan perjalanan Timur Tengah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Razman Hafidz Abu Zarim dalam satu kenyataan berasingan, baru-baru ini.

Menurutnya, Tune Protect telah memperoleh kerjasama syarikat penerbanga­n baharu dengan Cambodia Angkor Air, yang dijadual bermula pada suku ketiga 2017.

“Dengan memperoleh satu lagi rakan kongsi syarikat penerbanga­n di rantau ini adalah satu kejayaan penting kepada kami kerana ia membawa kami semakin hampir dengan wawasan untuk menjadi penanggung insurans perjalanan terkemuka di ASEAN,” katanya.

Mengenai prospek, Razman Hafidz berkata, kumpulan itu akan terus melabur dalam modal insan dan teknologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia