Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan mendatar

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan mendatar minggu ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai, kata peniaga.

Peniaga berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) dijangka tidak berubah antara paras 1,760- 1,780 minggu ini.

“Kami menjangka pasaran cenderung meningkat jika FBM KLCI melepasi paras 1,780 dan menguji semula zon sokongan semasa yang kukuh pada paras sokongan 1,760- 1,762.

“Sentimen akan menjadi lembap jika FBM KLCI melepasi paras sokongan 1,760,” katanya, sambil menambah paras sokongan yang akan datang pada 1,750.

Beliau berkata pakar ekonomi menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang melebihi lima peratus pada tahun ini, dan ini akan membantu meningkatk­an keyakinan pelabur dalam pasaran.

“Walaupun pemulihan pasaran semasa kelihatan lemah, tetapi saya mendapati pasaran pulih secara berperingk­at dari minggu lepas ( minggu sebelumnya).

“Ia akan kembali kepada paras harga 1,800 dengan jangkaan pertumbuha­n KDNK lima peratus, selagi harga minyak mentah kekal melebihi AS$ 18,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, bulan semerta Ogos 2017 meningkat 4.5 mata kepada 1,771, September 2017 menokok 3.0 mata kepada 1,769, Disember 2017 naik 2.5 mata kepada 1,769.5, dan Mac 2018 menambah 5.0 mata kepada 1,768.

Jumlah dagangan bagi minggu lepas susut kepada 17,403 lot daripada 20,243 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 31,595 kontrak daripada 33,620 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 9.26 mata kepada 1,776.22 daripada 1,766.96 pada Jumaat sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur stabil minggu ini berikutan jangkaan Bank Negara Malaysia ( BNM) menawarkan tender-tender untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, kadar semalaman berada pada 2.96 peratus manakala kadar-kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Bank pusat itu turut campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan mudah tunai dengan menawarkan tender-tender lelongan matang, lelongan matang Islam, Qard, repo, repo berbalik dan tender pasaran wang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia