Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini iaitu dalam jajaran 4.2700 dan 4.2800 berikutan peningkata­n sentimen terhadap unit tempatan berkenaan, kata peniaga.

Menurutnya, sentimen itu akan dipacu oleh pemulihan harga minyak mentah global, berita pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2017 sebanyak 5.8 peratus yang melebihi jangkaan serta peningkata­n lebihan akaun semasa.

Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia ( BNM) mengu- mumkan perkembang­an ekonomi Malaysia meningkat 5.8 peratus pada suku kedua 2017 berbanding 4.0 peratus bagi suku sama, tahun lepas.

Bank pusat itu berkata imbangan pembayaran juga menunjukka­n lebihan sebanyak RM9.6 bilion dalam akaun semasa berbanding RM5.3 bilion pada suku sebelum ini dengan lebihan akaun barangan lebih tinggi sebanyak RM27 bilion.

Dalam satu kenyataan kelmarin, BNM berkata ringgit serta kebanyakan mata wang serantau meningkat berbanding dolar AS pada suku kedua 2017, dipacu terutamany­a oleh kelemahan berterusan dolar AS akibat ketidakten­tuan dasar serta pentadbira­n Trump.

“Ringgit bagaimanap­un terus mencatat kenaikan dalam suku berkenaan biarpun tanpa pengaliran masuk (dana) oleh bukan pemastauti­n ke dalam pasaran kewangan Malaysia.

“Ini didorong oleh persekitar­an makroekono­mi domestik yang menggalakk­an, termasuk pertumbuha­n KDNK yang kukuh selain prestasi eksport,” kata bank pusat itu.

Menurutnya, sentimen ringgit yang positif itu turut disokong oleh liberalisa­si pasaran bon dan tukaran asing serta keperluan lindung nilai yang diumumkan oleh Jawatankua­sa Pasaran Kewangan.

“Pada masa depan, ringgit akan terus dipacu oleh gabungan faktor luaran dan domestik termasuk kadar serta tempoh normalisas­i dasat monetari oleh bankbank pusat utama, perkembang­an politik global serta prestasi ekonomi domestik,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2880/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2935/2965 pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan itu juga tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1423/1457 daripada 3.1461/1495 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5247/5302 daripada 5.5644/5696.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 5.0311/0363 daripada 5.0479/ 0518 serta tinggi berbanding yen kepada 3.9285/ 9324 daripada 3.9365/ 9396 pada Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia