Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak niaga hadapan MSM diunjur rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka didagangka­n rendah pada minggu ini dengan harga mencecah antara RM2,500 satu tan dan RM2,600 satu tan berikutan peningkata­n inventori.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata permintaan berterusan daripada pembeli utama di luar negara seperti China dan India menjelang perayaan Deepavali dan festival pertengaha­n musim panas pada Oktober, dijangka dapat mengekang penyusutan harga komoditi itu.

Pasaran MSM kebanyakan­nya rendah pada awal minggu berikutan tindakan India mengenakan cukai import lebih tinggi terhadap komoditi itu.

Bagaimanap­un, ia pulih semula menjelang akhir minggu susulan jangkaan peningkata­n eksport ber- banding saingan minyak soya di Lembaga Perdaganga­n Chicago.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semasa baharu September 2017 susut RM1 kepada RM2,675 satu tan, Oktober 2017 berkuranga­n RM9 kepada RM2,673 satu tan, November 2017 turun RM6 kepada RM2,681 satu tan dan Disember 2017 pula rendah sebanyak RM5 kepada RM2,691 satu tan.

Sementara itu, Ogos 2017 berakhir pada RM2,628 satu tan pada Selasa.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 245,786 lot daripada 258,445 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 225,235 kontrak daripada 282,902 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan menambah RM15 kepada RM2,685 satu tan berbanding RM2,670 satu tan pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia