Utusan Borneo (Sarawak)

50 bakal jemaah haji Bintulu bertolak ke Tanah Suci

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

SUASANA di Lapangan Terbang Bintulu meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga serta saudara-mara yang menghantar ahli keluarga yang akan menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah.

Seramai 50 bakal jemaah haji Bintulu bertolak dari Lapangan Terbang Bintulu pada jam 6.35 petang untuk fasa pertama KT24Q dengan penerbanga­n MH3383 MASwing dari Bintulu ke Sibu dan seterusnya ke Kuching yang tiba pada jam 8.15 malam Isnin lepas.

Seorang jemaah haji yang menggunaka­n kerusi roda menyertai jemaah haji Bintulu menunaikan ibadah haji tahun ini ialah Jainap Dolah yang berumur 78 tahun dari Kampung Jepak di Bintulu.

S e t i b a n y a d i K u c h - ing, jemaah haji Bintulu melapor diri pada jam 11.20 malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching seterusnya berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 2.10 pagi Rabu dan ke Madinah dengan pesawat MH8167.

Keseluruha­nnya terdapat 71 bakal jemaah haji dari Bintulu yang menunaikan ibadah haji tahun ini yang mana selebihnya daripada 50 jemaah haji muassasah adalah jemaah haji yang menggunaka­n pakej TH, 1MDB dan swasta dengan penerbanga­n berbeza.

Hari wukuf dijangkaka­n pada 31 Ogos 2017. Bagi penerbanga­n pertama pulang ke tanah air selepas selesai ibadah haji ialah pada 7 September 2017 dan penerbanga­n terakhir pula ialah pada 4 Oktober 2017.

J e m a a h haji Malaysia khusus jemaah haji Bintulu melalui KT24Q dengan penerbanga­n MH8167 balik ke tanah air pada 22 September 2017 dengan tarikh melapor diri pada jam 2.40 petang waktu Arab Saudi seterusnya tiba pada jam 1.40 pagi waktu Malaysia dari Jeddah ke Kuching.

Jemaah haji Bintulu pula dengan penerbanga­n MH3804 dari Kuching berlepas pada jam 6.05 pagi 22 September dan tiba di Bintulu pada jam 7.05 pagi hari yang sama.

Penerbanga­n pertama telah berlepas pada 24 Julai lalu sementara penerbanga­n terakhir dijangka pada 25 Ogos dan semua jemaah haji negara dijadualka­n pulang semula ke tanah air pada 7 September dan penerbanga­n terakhir dari Arab Saudi ialah pada 4 Oktober.

Dalam pada itu, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hamdiah Bakir menyempurn­akan majlis keberangka­tan bakal jemaah haji tersebut sekali gus menyampaik­an beberapa amanat penting kepada para jemaah.

Katanya, bakal haji perlu saling bekerjasam­a, memberi motivasi dan sokongan antara satu sama lain, saling membantu dan sebagainya dengan harapan mereka akan mendapat haji yang mabrur (yang diterima oleh Allah SWT).

“Pelbagai ujian akan ditempuhi oleh jemaah haji namun mereka diharap sentiasa bersabar dan reda semasa mengerjaka­n ibadah haji tersebut,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Temeng- gung Abang Suhaili Abang Mohamad, Pemanca Rosli Kamaruddin dan tetamu lain.

Beliau berkata, jemaah haji juga diharap dapat menjaga diri dan melakukan ibadah haji dengan sebaiknya sekali gus didoakan akan mendapat keberkatan dan haji mabrur.

Pengurus Cawangan Tabung Haji (TH) Bintulu Abdul Aziz Obeng berkata, para jemaah yang menunaikan ibadah haji diseru untuk mengikuti segala arahan petugas-petugas TH semasa berada di Tanah Suci Mekah khususnya membabitka­n keselamata­n.

Beliau turut menyeru jemaah haji untuk menjaga kesihatan diri dan berehat secukupnya terutama dalam menghadapi keadaan suhu dan cuaca di Tanah Suci Mekah.

 ??  ?? SEMOGA SELAMAT: Aziz (kiri) bersalaman dengan bakal jemaah yang akan berangkat dengan penerbanga­n ke Kuching.
SEMOGA SELAMAT: Aziz (kiri) bersalaman dengan bakal jemaah yang akan berangkat dengan penerbanga­n ke Kuching.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Abang Suhaili (dua kanan) dan ahli keluarga lain merakam gambar kenangan bersama anaknya Dayang Zahora (tiga kanan) yang akan mengerjaka­n ibadah haji tahun ini.
KENANGAN: Abang Suhaili (dua kanan) dan ahli keluarga lain merakam gambar kenangan bersama anaknya Dayang Zahora (tiga kanan) yang akan mengerjaka­n ibadah haji tahun ini.
 ??  ?? BERANGKAT: Jemaah haji bersalaman sebelum berangkat dengan penerbanga­n ke Kuching.
BERANGKAT: Jemaah haji bersalaman sebelum berangkat dengan penerbanga­n ke Kuching.
 ??  ?? BERSEDIA: Aziz (kanan) menyampaik­an ucapan kepada bakal jemaah haji.
BERSEDIA: Aziz (kanan) menyampaik­an ucapan kepada bakal jemaah haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia