Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol berkabung

-

BARCELONA: Barcelona semalam memperinga­ti mangsa dua serangan ganas dengan sembahyang Misa di Gereja Sagrada Familia tatkala polis giat memburu pemuda Maghribi yang dipercayai pemandu yang melanggar pelancong minggu lepas.

Sementara penyiasat berusaha memahami serangan yang membunuh 14 orang itu, Menteri Dalam Negeri Juan Ignacio Zoido berkata kelmarin bahawa sel dalang yang turut mencederak­an 120 orang dan mengejutka­n seluruh negara, sudah dibubarkan, tetapi pihak berkuasa tempatan bersuara dengan nada lebih berhatihat­i.

Polis berkata, mereka su d a h me l a n c a r k a n operasi memburu Younes Abouyaaqou­b, 22, yang menurut laporan media adalah pemandu van yang melanggar orang ramai di lebuh hias Las Ramblas yang sibuk di Barcelona Khamis lepas, membunuh 13 orang.

Operasi yang meluas termasuk sekatan jalan dikerahkan di seluruh Catalonia pada petang kelmarin, kata polis, yang menggesa orang ramai untuk tidak mendedahka­n maklumat mengenai pos pemeriksaa­n itu.

Dua hari selepas serangan di hab pelanconga­n sibuk dan bandar tepi laut berdekatan Cambrils, rakyat Sepanyol mempamerka­n keberanian ketika memperinga­ti mangsa, keluar beramai-ramai untuk menyambut Raja Felipe dan Ratu Letizia yang tiba untuk memberi penghormat­an.

Slogan seperti ‘ Las Ramblas menangis tetapi hidup’ kelihatan pada tingkap kedai, manakala konvoi teksi dengan stiker ‘Kami tidak takut’ ditampal pada tingkap, membunyika­n hon.

Selepas Misa jam 10 pagi di Sagrada Familia binaan Gaudi, hampir 100,000 orang berada di stadium Barcelona di Camp Nou semalam untuk perlawanan pertama pasukan mereka bagi musim ini, yang bertafakur seminit untuk mangsa.

Beberapa jam selepas serangan di Barcelona, serangan serupa berlaku di Cambrils awal Jumaat lepas.

Polis menembak mati kelima- lima penyerang di Cambrils, ada di antara mereka yang memakai tali pinggang bom palsu.

Kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggun­gjawab atas serangan itu yang dipercayai yang pertama di Sepanyol.

Sel pengganas itu di Sepanyol dilaporkan meliputi 12 pemuda, ada di antaranya remaja.

Penyiasat menyorot bandar kecil Ripoll di kaki Banjaran Pyrenees, di mana ramai suspek, termasuk Abouyaaqou­b, tinggal.

Kelmarin, polis menyerbu pangsapuri imam Abdelbaki Es Satty, menurut rakan flatnya Nourddem.

Namunakhba­rharianElP­ais yang memetik sumber polis berkata, imam itu mungkin turut maut dalam letupan di sebuah rumah di Alcanar, 200 kilometer ke selatan Barcelona, di mana suspek yang didakwa pelampau dipercayai membuat bom.

Kebanyakan suspek adalah anak- anak pendatang dari Maghribi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia