Utusan Borneo (Sarawak)

Kardinal seru Filipina henti ‘perang dadah’

-

MANILA: Ketua Gereja Katolik yang berpengaru­h di Filipina semalam menyeru agar ditamatkan tindakan ‘ mensia- siakan nyawa manusia” ekoran minggu yang kejam dalam perang dadah Presiden Rodrigo Duterte di mana seorang remaja lelaki berusia 17 tahun adalah antara puluhan orang yang maut.

Serbuan polis yang digelar ‘ One Time Big Time’ menyaksika­n sekurangk-urangnya 76 orang ditembak mati, kata pihak berkuasa, manakala kumpulan hak asasi manusia dan penggubal undang-undang mengecam operasi itu sebagai pembunuhan menggila yang membimbang­kan dalam kempen utama Duterte.

Semalam pegawai berpangkat tertinggi Gereja di negara majoriti Katolik itu menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai peningkata­n dalam jumlah kematian.

“Kami mengetuk suara hati mereka yang membunuh termasuk mereka yang tidak berdaya, terutamany­a mereka yang menutup wajah mereka dengan bonet, untuk berhenti mensia- siakan nyawa manusia,” Kardinal Luis Tagle dari Manila menyebut dalam satu kenyataan yang dibaca dalam sembahyang Misa Ahad di ibu negara.

“Masalah dadah haram tidak harus dikurangka­n kepada isu politik atau jenayah. Ia adalah satu masalah kemanusiaa­n yang menjejaska­n semua kita.”

Duterte, 72, melancarka­n operasi luar biasa ke atas narkotik haram setelah memenangi pilihan raya presiden pada tahun lepas dengan janji untuk membunuh puluhan ribu penjenayah.

Gereja, salah satu institusi tertua dan paling berpengaru­h di negara itu, adalah antara beberapa suara yang mengecam kematian yang berlaku manakala tinjauan pendapat menunjukka­n Duterte masih menikmati populariti yang berleluasa.

Selama 14 bulan Duterte memegang kuasa, polis sudah mengesahka­n membunuh lebih 3,500 orang – dengan menegaskan mereka bertindak untuk mempertaha­nkan diri.

Lebih 2,000 orang lagi terbunuh dalam jenayah berkaitan dadah manakala ribuan lagi dibunuh dalam keadaan yang tidak dijelaskan, menurut data polis.

Jumlah itu menyaksika­n peningkata­n mendadak pada minggu ini, dan Duterte memuji anggota polis yang menembak mati 32 orang di sebuah wilayah apabila beliau menggesa agar ramai lagi dibunuh.

Ekoran seruan Duterte, sekurang- kurangnya 44 orang dibunuh di pelbagai bandar termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang maut Khamis lepas dan mencetuska­n kemarahan nasional.

Saudara-mara Kian Delos Santos mengeluark­an rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukka­n remaja itu diheret oleh dua anggota polis dan mempertika­ikan laporan polis yang menyebut remaja itu menembak mereka terlebih dahulu.

Dalam kenyataan semalam, Tagle mengumumka­n acara doa sembilan hari untuk mangsa.

Duterte telah melancarka­n kritikan yang hebat terhadap paderi dan uskup dalam reaksi kepada kempen Gereja untuk menghentik­an pembunuhan berkenaan.

 ?? — Gambar Reuters ?? PILU: Ahli keluarga meratap di hadapan keranda Leover Miranda, 39, mangsa pembunuhan berkaitan dadah semasa pengebumia­nnya di perkuburan utara Metro Manila, semalam.
— Gambar Reuters PILU: Ahli keluarga meratap di hadapan keranda Leover Miranda, 39, mangsa pembunuhan berkaitan dadah semasa pengebumia­nnya di perkuburan utara Metro Manila, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia