Utusan Borneo (Sarawak)

Penulis jenayah disyaki dalang homisid pada 1995

-

BEIJING: Kenyataan mungkin pelik berbanding fiksyen bagi seorang penulis jenayah pemenang anugerah China yang diberkas berhubung empat kes homisid lebih dua dekad lepas.

Selama 22 tahun, polis di wilayah timur Zhejiang cuba merungkai kes dingin kematian empat sekeluarga di rumah tumpangan milik mereka.

Awal bulan ini mereka mendapati jawapan mungkin tersembuny­i di sebalik kedai buku tempatan.

Menurut polis, Liu Yongbiao, 53, ditahan minggu lepas di rumahnya di wilayah berhampira­n Anhui bersama Wang, seorang penduduk kampung.

Mereka didakwa dan mengakui pembunuhan itu.

Pihak berkuasa memberitah­u The Paper, satu terbitan China, bahawa Liu berkata ketika digari: “Saya menunggu kamu di sini dari dulu lagi.”

Liu, anggota Pertubuhan Penulis China berprestij yang diketuai Parti Komunis, bekerja dengan salah satu syarikat penerbitan terbesar dan mempunyai novel yang diadaptasi­kan menjadi drama televisyen bersiri.

Pada prakata novelnya ‘ Rahsia Rasa Bersalah’, menurut The Paper, penulis mendedahka­n dia menulis sekuel dibintangi seorang penulis yang melakukan siri pembunuhan namun tidak pernah ditangkap.

Tajuk yang dicadangka­n bagi buku itu mulanya ‘Penulis Cantik yang Membunuh’.

Sifat kejam jenayah yang dilakukan Liu sendiri mendedahka­n asas jelas kisahnya.

Pada petang 29 November, 1995, polis berkata dua lelaki mendaftar masuk ke sebuah rumah tumpangan di Huzhou, bandar indah di Delta Yangtze, dengan niat untuk melakukan pembunuhan.

Mereka memukul hingga mati pasangan suami isteri yang memiliki rumah tersebut dan cucu lelaki mereka, selain seorang tetamu.

Disebabkan pihak berkuasa kekurangan teknologi forensik terkini, mereka hanya mempunyai satu petunjuk — kenyataan semula kakitangan rumah tumpangan itu bahawa dua lelaki itu bercakap dengan loghat Anhui yang tebal.

Kemudian, hampir 22 tahun kemudian Ogos ini, polis menyatakan ujian DNA mendedahka­n pembunuhan itu angkara Liu dan Wang.

Ketika Liu ditahan, dia sedang menyunting kertas pelajarnya dan menjalanka­n kursus sastera, lapor media.

Para pelajar Li umemberita­hu Beijing News bahawa dia tidak pernah menyebut tentang kehidupan peribadi.

Fang Ming, yang diajar menulis sejak dari gred enam hingga lapan, mengenali guruya sebagai lelaki tegas.

“Liu amat serius, jarang tersenyum dan selalu mengkritik pelajarnya.

“Walaupun dia tidak pernah meninggika­n suara, dia selalu menunjukka­n rasa kesalnya pada mukanya,” kata Fang.

Liu mengaku dirinya lelaki kampung, membesar dalam kemiskinan di sebuah kampung di mana tahap pendidikan­nya setakat sekolah tinggi.

Salah seorang pegawai yang menahan Liu memberitah­u The Paper Liu telah mengirim sepucuk surat kepada isterinya menjelaska­n kes itu.

“Saya menunggu hari ini sejak 20 tahun lepas.

“Hari ini saya akhirnya dibebaskan daripada seksaan mental selama ini,” menurut surat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia