Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi Australia cegah serangan

-

SYDNEY: Australia semalam mengeluark­an satu strategi untuk mencegah serangan kenderaan oleh pengganas yang dilakukan di tempat awam yang sesak ekoran serangan berdarah di Barcelona, Nice dan London.

Laporan itu – yang ditauliahk­an selepas 86 orang maut dalam serangan trak di Nice pada tahun lepas – memberi “kit peralatan” kepada pengusaha sebagai rujukan apabila menangani masalah terorisme.

“Seperti apa yang kita sudah lihat dari peristiwa yang tragis di Paris, London, Berlin dan Barcelona, pengganas terus menyasari tempat yang sesak,” Perdana Menteri Malcolm Turnbull menyebut dalam satu kenyataan.

“Strategi ini akan membantu pemilik dan pengusaha untuk meningkatk­an keselamata­n, pelindunga­n dan ketahanan tempat yang sesak di seluruh Australia.”

Strategi itu memberi kepada perniagaan dan kerajaan tempatan satu panduan untuk menilai sejauh mana lokasi mereka terdedah kepada serangan, termasuk dari kenderaan, dan bagaimana untuk menjadikan­nya lebih selamat lagi.

Langkah yang disarankan termasuk pilihan pencegahan seperti pagar dan kamera litar tertutup, pendekatan melambatka­n seperti pokok dan patung untuk memperlaha­nkan kenderaan, dan kakitangan tindakan pantas.

“Kita sudah tentulah menyediaka­n tonggak, kita boleh menyediaka­n tempat duduk, kita boleh hasil seni, kita boleh menyediaka­n tangga, kotak penanam,” tambah Turnbull kepada pemberita di Sydney. “Pada peringkat reka bentuk, ia boleh dibuat tanpa menonjol langsung.”

Laporan itu mengakui pelan terbaik sekali pin mungkin tidak akan menghalang serangan ke atas lokasi yang sesak, tetapi berkata langkah itu dapat mengurangk­an kemungkina­n bagi serangan sedemikian dan akibatnya.

“Ia adalah pertarunga­n yang konsisten bagi kami. Ia adalah cerminan yang tragis bagi zaman kita bahawa kita perlu mengambil langkah seperti ini,” kata Menteri Pengangkut­an Darren Chester kepada Perbadanan Penyiaran Australia awal semalam.

“Saya rasa lambat- laun terdapat sekatan yang mungkin akan menjejaska­n orang ketika mereka menjalani kehidupan harian mereka, tetapi saya agak ia adalah satu aksi menimbang.”

Serangan di Barcelona pada Khamis lepas mengorbank­an 14 orang dan mencederak­an ratusan lagi setelah sebuah van memecut di lebuh hias popular Las Rambalas, yang penuh sesak dengan pelancong.

Tiga warga Australia cedera sementara seorang kanakkanak lelaki, seorang dwiwarga Britain-Australia, dilaporkan masih hilang selepas serangan itu.

Enam maut Januari lalu setelah sebuah kereta melanggar orang ramai di tengah bandar raya kedua Melbourne.

Serangan itu, yang tiada kaitan terorisme, berlaku dekat Melbourne Park di mana Grand Slam pembukaan 2017 berlangsun­g.

Canberra semakin bimbang ekstremism­e tempatan dan 13 serangan pengganas di seluruh negara dipintas sejak beberapa tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia