Utusan Borneo (Sarawak)

Bakar masjid, tiga lelaki didakwa

-

SYDNEY: Tiga lelaki akan didakwa melakukan terorisme berhubung tuduhan mengenai serangan bakar “yang diinspiras­ikan oleh Islamic State (IS)” ke atas sebuah masjid di Melbourne pada tahun lepas, kata polis Australia semalam.

Dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun, yang sudah dalam tahanan kerana dakwaan merancang serangan ganas pada atau sekitar Hari Natal pada tahun lepas, akan didakwa dalam kes kebakaran di Pusat Islam Imam Ali pada November dan Disember lalu.

Lelaki ketiga, berusia 29 tahun, ditangkap lewat Sabtu lepas dan akan menghadapi tuduhan yang sama iaitu hendak melakukan perbuatan pengganas, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup, bagi serangan bakar pada Disember lalu.

“Kami tidak menyatakan bahawa ini sekadar serangan bakar, kami akan mendakwa bahawa ini adalah serangan yang diinspiras­ikan oleh IS,” kata Penolong Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia, Ian McCartney, kepada pemberita di Melbourne.

Penolong Pesuruhjay­a, Ross Guenther, ketua pemerintah anti-terorisme dalam pasukan polis negeri Victoria, berkata penyiasat percaya pusat itu, yang turut bertindak sebagai tempat ibadat, disasari kerana ia adalah Syiah.

“Masjid ini pusat Syiah, jadi apa yang didakwa ialah suspek serangan ini berpegang teguh kepada ideologi pelampau Sunnah yang membawa kepada kesimpulan dan kaitan bahawa ia sebahagian serangan dipengaruh­i atau diinspiras­ikan ISIS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia