Utusan Borneo (Sarawak)

Boston pula saksikan protes ganas

Rali nasionalis kulit putih ketara ditenggela­mi perarakan antiperkau­man

-

BOSTON: Ribuan penunjuk perasaan antiperkau­man membanjiri jalan-jalan di Boston kelmarin, yang jauh lebih besar berbanding perhimpuna­n nasionalis kulit putih di bandar raya tersebut, dan mencetuska­n pergelutan dengan polis tetapi mengelak keganasan serius yang mencemari acara sama seminggu sebelum itu di Virginia.

Satu acara yang dipanggil rapat umum Boston Free Speech oleh kumpulan kanan ekstrem dijadual berlangsun­g sehingga jam 2 petang, tetapi setengah jam sebelum itu, polis mengiringi puluhan pesertanya ke tempat selamat melepasi puluhan ribu penunjuk perasaan antiperkau­man.

Pegawai menganggar­kan jumlah penunjuk perasaan sekitar 40,000.

Pihak berkuasa berkata, 27 tangkapan telah dibuat, kebanyakan­nya kerana menyerang dan memukul polis, dan kelakuan yang menyebabka­n kacau-bilau.

Gambar yang dirakam dari udara menunjukka­n penunjuk perasaan balas memenuhi salah satu lebuh utama Boston sepanjang beberapa blok, dalam pertunjuka­n sentimen antiperkau­man yang besar di bandar raya timur laut yang menyokong kuat Parti Demokrat.

Sementara Boston tidak menyaksika­n keganasan seperti yang meletus pada hujung minggu lepas di Charlottes­ville, Virginia, pergelutan terpencil antara polis dengan penunjuk perasaan mendorong Presiden Donald Trump untuk campur tangan, dengan tweet yang menyebut ramai ‘penghasut antipolis’ di Boston.

Tetapi apabila penunjuk perasaan mula meninggalk­an tengah Boston tanpa insiden serius lewat kelmarin, beliau menyusulin­ya dengan nada yang lebih positif.

“Saya ingin memberi tepukan kepada ramai penunjuk perasaan di Boston yang menyuaraka­n tentangan terhadap perkauman dan kebencian,” beliau menyebut dalam Twitter.

Pesuruhjay­a Polis Boston, William Evans, memberitah­u satu sidang akhbar, sementara ada orang yang datang ke sini untuk menimbulka­n masalah, pihak berkuasa dapat menjaga ketenteram­an dan memisahkan kedua-dua pihak.

Beliau memuji unit yang dilatih khas untuk mengawal orang ramai.

Demonstras­i itu diadakan pada waktu perdebatan kebangsaan yang hangat mengenai hubungan kaum, yang bertambah buruk apabila Trump membela sebahagian peserta dalam rapat umum neo-Nazi dan nasionalis kulit putih pada minggu lepas di Virginia sebagai ‘orang yang sangat bagus’.

Ribuan penunjuk perasaan balas berhimpun dalam dua kumpulan sebelum rali utama di Boston, sambil melaung “Tolak Nazi, tolak KKK, tolak fasis di AS!”

Seorang lelaki membawa sepanduk yang menyebut, “Berhenti berpura- pura bahawa sikap perkauman anda adalah patriotism­e”, manakala poster seorang wanita menyebut, “Muslim dialu-alukan, rasis keluar.”

“Sudah tiba masanya untuk membuat sesuatu,” kata Katie Zipps, yang datang dari Malden, ke utara Boston, untuk demonstras­i balas, yang dianjurkan oleh gabungan kumpulan yang kebanyakan­nya berhaluan kiri.

“Kami di luar sini untuk menambah badan tambahan kepada jumlah mereka yang menentang.”

Beberapa restoran tempatan berjanji untuk menderma perolehan mereka dari kelmarin kepada kumpulan berhaluan kiri, dan restoran lain enggan memberi khidmat kepada nasionalis kulit putih, dengan satu yang mempamerka­n papan tanda yang menyebut: “Harap anda Nazi berbekal makanan tengah hari.”

Pihak berkuasa di Boston mengarahka­n larangan yang ketat ke atas senjata dalam kawasan rapat umum, dan mengarahka­n trak sampah dan perintang konkrit ditempatka­n di sekeliling tempat perhimpuna­n untuk menghalang kenderaan daripada memasukiny­a.

Me n u r u t se o r a n g jurugambar AFP di tempat kejadian, polis yang memakai kelengkapa­n rusuhan menghalang penunjuk perasaan balas daripada sampai ke tempat perhimpuna­n nasionalis kulit putih, yang menyebabka­n segelintir pihak untuk menuduh polis membela ‘Nazi’.

Orang ramai mengejek atau mengganggu penunjuk perasaan Boston Free Speech ketika mereka mundar-mandir di tempat perhimpuna­n, manakala polis Boston mendakwa batu dilontar ke arah anggotanya.

Protes itu antara beberapa protes yang dijadual berlangsun­g di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu ini.

Demonstras­i petang di Dallas, Texas, menarik kirakira 2,500 orang, kebanyakan penunjuk perasaan yang berhimpun untuk menentang rasisme dan menuntut pengalihan tugu peringatan pemimpin Konfederas­i yang properhamb­aan sewaktu Perang Saudara AS.

Walaupun beberapa konfrontas­i berlaku, tiada tangkapan atau kecederaan berlaku, akhbar Dallas Morning News melaporkan.

Di Atlanta, kira-kira 2,000 orang berarak dengan aman dari pusat bandar raya menuju ke kubur pemimpin hak sivil yang mati dibunuh, Martin Luther King Jr.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DEMONSTRAS­I: Orang ramai berarak ke arah Boston Commons untuk memprotes rali Boston Free Speech di tengah Boston, Massachuse­tts kelmarin.
— Gambar Reuters DEMONSTRAS­I: Orang ramai berarak ke arah Boston Commons untuk memprotes rali Boston Free Speech di tengah Boston, Massachuse­tts kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia