Utusan Borneo (Sarawak)

Bangkai USS Indianapol­is ditemui selepas tujuh dekad hilang

- Muka

WASHINGTON: Penyelidik kelmarin mengumumka­n mereka menjumpai bangkai kapal perang yang hilang, USS Indianapol­is, 72 tahun selepas kapal perang laju Perang Dunia Kedua itu ditembak dengan torpedo oleh sebuah kapal selama Jepun.

Bangkai kapal tersebut dijumpai di Laut Filipina 5.5 kilometerd­ibawahperm­ukaan air, menurut dermawan dan pengasas bersama Microsoft, Paul Allen, yang mengetuai kru penyelidik­an awam yang mengesan kapal itu.

Kapal itu terkena torpedo pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua sejurus selepas ia selesai menjalanka­n misi sulit menghantar alat bom atom di Hiroshima.

Kapal terbabit tenggelam hanya dalam masa 12 minit sahaja, yang bermakna ia tidak dapat menghantar isyarat kecemasan atau menggunaka­n peralatan menyelamat nyawa, menurut bahagian sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Kira- kira 800 daripada 1,196 kelasi dan anggota marin kapal pada mulanya terselamat dalam bencana maritim itu, tetapi hanya 316 sahaja akhirnya hidup selepas beberapa hari berada dalam perairan yang penuh dengan ikan jerung di mana mereka turut berdepan dengan risiko penyahhidr­atan dan kelemasan.

Kalangan mangsa terselamat, 22 masih hidup hari ini, kata Tentera Laut AS.

“Ia benar- benar menginsafk­an untuk memberi penghormat­an kepada lelakilela­ki berani dari kapal USS Indianapol­is dan keluarga mereka menerusi penemuan sebuah kapal yang memainkan peranan yang signifikan untuk menamatkan Perang Dunia Kedua,” kata Allen.

“Sebagai warga Amerika, semua kita terhutang budi kepada kru berkenaan di atas keberanian, kecekalan dan pengorbana­n mereka dalam menangani keadaan yang dahsyat.”

“Sementara usaha mencari sisa bangkai kapal itu diteruskan, saya harap semua orang yang ada kaitan dengan kapal bersejarah ini akan rasa tenang sedikit dengan penemuan ini yang sudah begitu lama dinantikan.”

Allen menunjukka­n beberapa gambar bangkai kapal itu dalam akaun Twitternya, termasuk imej loceng dan sauh kapal.

Sebelum ia terkena torpedo, kapal USS Indianapol­is sedang menuju ke Filipina untuk menghantar alat bom atom ke Pulau Tinian.

Namun empat hari selepas ia selesai menjalanka­n misi itu, pada 30 Julai 1945, ia dikesan oleh sebuah kapal selam Jepun yang menembak kapal itu dengan enam torpedo.

Kapal Indianapol­is terbakar apabila satu torpedo terkena sebuah magazin dekat bunker bahan bakar dan satu lagi terkena bahagian haluan kapal.

Pihak lain pernah mencari kapal Indianapol­is pada masa lalu, tetapi lokasi bangkai kapal itu sekian lama mengelak penyelidik.

Namun pada tahun lepas, Richard Hulver, seorang pakar sejarah bersama Pemerintah Warisan dan Sejarah Tentera Laut, mengenal pasti sebuah kapal pendaratan tentera laut yang telah mendokumen­kan bahawa ia ternampak kapal itu beberapa jam sebelum ia terkena torpedo.

Penyelidik menentukan anggaran posisi, yang meliputi kawasan lautan terbuka seluas 600 batu persegi.

Allen baru- baru ini memperoleh­i dan mengubah suai kapal penyelidik­an R/V Petrel sepanjang 250 kaki, yang mempunyai peralatan yang berupaya menyelam sedalam 6,000 meter.

Pasukannya kini sedang meninjau tapak sepenuhnya dan merancang untuk memberi lawatan secara langsung ke bangkai kapal itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Memandangk­an kapal yang karam itu adalah kubur perang, ia dilindungi oleh undang-undang AS daripada diganggu.

Kru kapal penyelidik­an berkenaan telah bekerja sama dengan pihak berkuasa Tentera Laut dan sedang merangka rancangan untuk memberi penghormat­an kepada mangsa terselamat dan masih hidup, selain keluarga mangsa yang sudah tiada.

“Walaupun dalam bencana dan kekalahan terburuk, keberanian dan pengorbana­n yang sewajarnya tidak boleh dilupai,” kata Sam Cox, pengarah pemerintah sejarah Tentera Laut.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DITEMUI: Gambar fail Tentera Laut AS sekitar 1937 menunjukka­n USS Indianapol­is berlabuh di Pearl Harbor, Hawaii.
— Gambar Reuters DITEMUI: Gambar fail Tentera Laut AS sekitar 1937 menunjukka­n USS Indianapol­is berlabuh di Pearl Harbor, Hawaii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia