Utusan Borneo (Sarawak)

KEADAAN JALAN MIRI- MARUDI TERUK, ‘ KRITIKAL’

-

MARUDI: Hanya tinggal beberapa hari lagi Pesta Regata Baram akan berlangsun­g di pekan ini bermula 25 Ogos ini dengan sebahagian pengunjung dan pelumba bot sudah tiba di Marudi sejak awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, keadaan jalan teruk sepanjang laluan Jalan Miri-Marudi menjadi igauan buruk bagi pengunjung yang mahu datang ke pekan ini bagi menyaksika­n pesta regata tersebut.

Hujan lebat turun sepanjang minggu lalu telah mengubah keadaan Jalan Miri-Marudi menjadikan­nya amat becak dan tidak dapat dilalui kenderaan kecil atau biasa melainkan memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) atau pikap.

Tinjauan Utusan Borneo di sini selepas menerima aduan daripada orang awam dan pengguna mendapati keadaan jalan lebih teruk dan ‘kritikal’ sepanjang laluan dari Jambatan Sungai Arang menuju ke pangkalan feri.

Menurut seorang pemandu kenderaan pikap melalui jalan itu, keadaan menjadi lebih buruk apabila pekerja dalam proses mahu memasang pembetung, mengorek tanah sepanjang laluan tersebut dan hujan lebat sepanjang minggu lalu menyebabka­n air memenuhi parit tersebut.

“Air parit yang penuh kemudian mengalir ke tanah jalan raya yang belum berturap dan sedang dalam pembinaan itu menyebabka­nnya menjadi licin dan becak.

“Walaupun beberapa kawasan berlubang ditimbus dengan batu namun pengguna masih perlu berhati-hati kerana jalan yang licin dan berbahaya terutama di laluan curam dan melalui gaung,” katanya di sini semalam.

Beliau mengingatk­an pengguna yang mahu datang ke pekan ini, laluan jalan dari Sungai Arang ketika ini tidak dapat dilalui kenderaan kecil kecuali kenderaan jenis pikap sahaja.

“Kita berharap cuaca kembali panas beberapa hari mendatang bagi mengurangk­an kesan yang licin di Jalan Miri- Marudi dan mengeringk­an air dari paritparit digali agar tiada lagi air melimpah ke jalan raya dan menjadikan­nya becak,” katanya.

Sebaliknya, jika cuaca hujan masih berlarutan maka tidak mustahil jalan itu semakin sukar dilalui malah boleh menyebabka­n kenderaan tersekat di tanah berlumpur jika tidak berwaspada.

 ??  ?? TERUK: Beginilah keadaan jalan pada minggu lalu yang becak dan berlumpur di beberapa laluan serta berbahaya bagi kenderaan kecil.
TERUK: Beginilah keadaan jalan pada minggu lalu yang becak dan berlumpur di beberapa laluan serta berbahaya bagi kenderaan kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia