Utusan Borneo (Sarawak)

Penuntut IPT mempunyai pelbagai kemahiran umpama permata berkilat

-

KUCHING: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai pelbagai kemahiran semasa menuntut adalah seperti sebiji permata asli yang dikilatkan untuk lebih berkilau sinarnya pada masa depan.

Demikian kata Pengarah Politeknik Kuching Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Kamaludin Daud berkata dalam perumpaan bagi menggalakk­an lebih ramai penuntut menyertai aktiviti melangkau sesi pembelajar­an dalam bilik kuliah.

“Daripada pemerhatia­n saya, ramai penuntut yang mempunyai bakat hebat yang perlu didedahkan dalam pelbagai cara seperti permata asli yang digilap untuk menjadi lebih bersinar.

“Melalui program ini, warga penuntut yang menyertai mempunyai kebolehan yang bukan sahaja untuk maju jaya dalam akademik tetapi juga kemahiran berkomunik­asi yang dikehendak­i apabila mereka memasuki alam pekerjaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan ‘Borneo Zone Inter Polytechni­cs Public Speaking and Debating Championsh­ip’ (PUSDEC) 2017 di Politeknik Kuching semalam.

Justeru, semalam menyaksika­n Politeknik Kota Kinabalu (POLIKK) muncul sebagai juara bagi kejohanan tersebut di sini semalam.

POLIKK telah mengalahka­n Politeknik Kuching (POLIKU) manakala Polite- knik Sandakan Sabah (PSS) pula di tempat ketiga.

Sementara itu, Macgregor Maram Mamat daripada POLIKU muncul juara kategori Pengucapan Awam, manakala Brandon Rickson Aun (POLIKU) di tempat kedua dan Misha Nasirah Zamri daripada Politeknik Mukah sebagai pemenang ketiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman turut dijemput menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Sebelum itu beliau dipetik berkata para finalis telah membuktika­n bahawa mereka sememangny­a petah berdebat secara terbuka, untuk menyampaik­an isi kandungan pengucapan awam masing-masing.

“Ciri-ciri ini sangat penting kerana ia adalah permulaan dalam usaha membentuk seorang wakil pemimpin pada masadepan. Kemahirans­edemikian penting bagi seseorang untuk berjaya,” kata Fazzrudin.

Beliau seterusnya menjelaska­n bahawa seorang pemimpin yang baik akan menjadi orang yang mempunyai pengetahua­n yang banyak, berpendidi­kan dan mempunyai kemahiran komunikasi untuk menyampaik­an mesej kepada rakyat dengan berkesan.

“Ciri-ciri ini penting, terutama kerana pelajar tahu mereka merupakan pewaris kepada kepimpinan masa depan apabila Sarawak mahu mencapai status negeri maju pada tahun 2030 nanti,” katanya.

Fazzrudin juga memuji usaha Jabatan Pendidikan Negeri dan POLIKU dalam menganjurk­an acara tersebut sebagai sebuah platform mengasah kemahiran komunikasi lebih baik selain melatih diri menerima kritikan.

Pertanding­an yang diadakan sejak 19 Ogos itu menyaksika­n penyertaan Politeknik Metro Betong, Politeknik Mukah dan Politeknik Tonggak Equator, Indonesia.

 ??  ?? TAHNIAH: Fazzrudin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada Macgregor (kanan) selaku johan pengucapan awam sambil disaksikan Kamaludin (kiri) di POLIKU semalam.
TAHNIAH: Fazzrudin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada Macgregor (kanan) selaku johan pengucapan awam sambil disaksikan Kamaludin (kiri) di POLIKU semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia