Utusan Borneo (Sarawak)

‘Stories in Dance Concert’ edisi S’wak diadakan sempena WAK 2017

-

KUCHING: ‘Stories in Dance Concert’ edisi Sarawak akan diadakan sempena What About Kuching (WAK) 2017, pesta meraikan seni, budaya dan gaya hidup penduduk Kuching.

Konsert yang bakal diadakan pada 28 Oktober ini, akan menyaksika­n semua genre tarian di Kuching merangkumi tarian tradisiona­l, kontempora­ri, hip-hop dipersemba­hkan di bawah satu bumbung buat julung kalinya.

Kisah dalam pergerakan, merupakan platform untuk menerokai cerita di sebalik gerak tari penari.

“Ia seperti Humans of New York (HoNY), tetapi untuk tarian,” kata pengasas Stories in Motion Chloe Ling merujuk kepada projek fotografi popular yang besar, jurugambar dan penulis Brandon Stanton mendokumen­kan kisah-kisah peribadi penghuni kota New York dan seterusnya.

Idea mengadakan ‘Stories in Motion’ muncul apabila penari Nazrin Zakaria mempelawa beliau menyertai tarian hip-hop dalam kumpulan besar beberapa tahun lalu, jelas Ling.

“Saya tidak ada pengalaman dalam tarian hip-hop tetapi itu tidak penting. Apa yang penting ialah saya berjumpa dengan orang yang sangat cantik, bersemanga­t dalam komuniti hip-hop, orang yang terikat dengan tarian meskipun datang daripada latar belakang berbeza,” katanya.

Beliau telah mempelajar­i banyak perkara mengenai komuniti hip-hop seperti sukar mendapatka­n pembiayaan untuk aktiviti mereka kerana masyarakat berpandang­an negatif terhadap mereka tetapi sebaliknya ia menjadi wadah menyatukan masyarakat.

Perkara itu ada kaitan dengan Studio 23, yang diketuai Serina Lim, ujar Ling.

Bersama satu pasukan kecil yang mempunyai pengarah dan penasihat teknikal kreatif, Ling mula mengumpul kisahkisah daripada komuniti tarian, mendokumen­tasikannya bersama gambar-gambar hebat hasil Jee Foong yang juga ahli jawatankua­sa WAK.

Himpunan kisah- kisah dalam tarian itu sudah dimuat naik dalam laman sesawang rasmi mereka iaitu stories-in- motion.com atau Facebook fb.me/thestories­inmotion.

Tiket untuk ‘ Stories in Motion Dance Concert’ edisi Sarawak boleh didapati di http:// storiesinm­otionsaraw­ak.peatix.com.

WAK 2017 meraikan seni, budaya dan gaya hidup rakyat Kuching dengan mewujudkan landasan untuk berkongsi bakat di seluruh Sarawak.

Program selama sebulan, bermula 30 September hingga 29 Oktober 2017, merangkumi setiap genre bermula daripada visual sehingga persembaha­n kesenian, seni tradisiona­l dan kontempora­ri serta pameran statik serta aktiviti luar yang aktif.

Sehingga hari ini, lebih 20 komponen komited menjayakan WAK2017 menerusi pelbagai kumpulan.

Mereka yang berminat boleh menghantar kertas kerja kepada info@aboutkuchi­ng.com.

Orang ramai juga boleh mendapat maklumat terkini, boleh ‘like’ WAK 2017 di http:// www. fb. com/ aboutkuchi­ng atau ‘follow’ menerusi Instagram, @ aboutkuchi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia