Utusan Borneo (Sarawak)

Murad Khalid jadi tumpuan media

Beliau pernah dedahkan kerugian BNM jauh lebih besar daripada laporan

-

PUTRAJAYA: Kehadiran bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid menjadi tumpuan media pada prosiding kedua Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an di Istana Kehakiman di sini semalam.

Abdul Murad yang merupakan individu ketiga memberikan keterangan di hadapan suruhanjay­a siasatan berkenaan dikejar dan diasak soalan oleh pihak media semasa keluar untuk ke tandas dari bilik menunggu saksi ketika menunggu giliran untuk memberikan keterangan.

Beliau turut diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada agensi media antarabang­sa termasuk ketika makan tengah hari di kafetaria Istana Kehakiman.

Namun, beliau enggan memberikan sebarang maklumat kepada pihak media sebelum memberikan keterangan di hadapan suruhanjay­a siasatan. Beliau yang tiba sejak jam 9 pagi hanya memberikan keterangan kira-kira dua jam apabila prosiding suruhanjay­a disambung semula pada kira- kira jam 2 petang.

Sebelum Abdul Murad, suruhanjay­a siasatan berkenaan mendengar keterangan daripada pesara BNM yang merupakan bekas pengurus Jabatan Akaun, Abdul Aziz Abdul Manaf manakala individu kedua yang memberikan keterangan ialah Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin yang merupakan bekas juruaudit dalaman BNM yang kini Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan.

Dalam satu temu bual dengan media Januari lalu, Abdul Murad mendedahka­n kerugian yang dicatatkan BNM melalui kegiatan pemerdagan­gan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993 adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan oleh bank pusat tersebut.

Suruhanjay­a Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjay­a Siasatan 1950 [Akta 119].

Penubuhan suruhanjay­a itu dan keanggotaa­n suruhanjay­a mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Suruhanjay­a enam anggota itu dipengerus­ikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggot­ai suruhanjay­a itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanath­an dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjay­a siasatan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Pengerusi Suruhanjay­a Siasatan untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an Tan Sri Mohd Sidek Hassan tiba di Istana Kehakiman bagi menghadiri prosiding suruhanjay­a siasatan itu di...
— Gambar Bernama TIBA: Pengerusi Suruhanjay­a Siasatan untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an Tan Sri Mohd Sidek Hassan tiba di Istana Kehakiman bagi menghadiri prosiding suruhanjay­a siasatan itu di...
 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Abdul Murad menjadi tumpuan media semasa menghadiri prosiding Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Abdul Murad menjadi tumpuan media semasa menghadiri prosiding Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia