Utusan Borneo (Sarawak)

Gandingan Alex-Syafiq merangkul emas boling

-

PETALING JAYA: Pemain boling negara Alex Liew dan Muhamad Syafiq Abdul Malek mengatasi persaingan sengit daripada rakan senegara pada permainan terakhir untuk merangkul emas dalam acara beregu lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Sunway Mega Lanes, dekat sini semalam.

Gandingan Alex Liew-Muhammad Syafiq melakukan balingan cemerlang pada permainan terakhir untuk mencatatka­n 2,647 jatuhan pin, kelebihan 17 pin daripada Adrian Hsien Loong dan Muhammad Rafiq Ismail yang meraih perak.

Sebelum permainan terakhir, gandingan emas itu mengekori Adrian-Muhammad Rafiq dengan satu pin pada permainan kelima apabila lawan mereka melakarkan catatan 2,210 jatuhan pin.

Persaingan sengit selama tiga jam itu menyaksika­n gandingan Indonesia, Billy Muhammad Islam dan Hardy Rachmadian memenangi gangsa dengan catatan 2,615 jatuhan pin.

Alex Liew, pemain senior berusia 41 tahun itu, tidak menjangka dapat merangkul emas memandangk­an tem- poh permainan yang lama memaksa beliau membuat banyak pertukaran bola.

Sementara itu, Muhamad Syafiq menyifatka­n bahawa beliau mendapat rentak permainan semalam selepas kecundang pada kategori individu kelmarin.

“Saya berterima kasih kepada Alex kerana menampilka­n permainan yang terbaik dan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus mendapatka­n kemenangan bagi kategori trio dan berpasukan,” kata atlet 31 tahun itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia