Utusan Borneo (Sarawak)

Pengukuhan pasaran modal penting bagi sasaran ekonomi asean AS$5.2 Trilion

-

KUALA LUMPUR: Mengukuhka­n pasaran modal adalah usaha penting bagi ASEAN untuk menjadi ekonomi bernilai AS$5.2 trilion ( AS$ 1= RM4.29) menjelang 2025 dan menampung permintaan prasarana, kata Rakan Kongsi Senior McKinsey & Company, Joydeep Sengupta.

“Pembanguna­n pasaran modal penting bagi menyokong pengembang­an ekonomi ASEAN daripada AS$2.6 trilion kepada AS$5.2 trilion menjelang 2025, dan menampung pelaburan prasarana tahunan berjumlah AS$160 bilion.

“Kira- kira 90 peratus pembanguna­n prasarana ASEAN dibiayai oleh sektor awam menerusi hasil cukai dan pinjaman daripada institusi pembanguna­n.

“Sumbangan pasaran modal amat kecil pada masa ini bagi pembiayaan prasarana sektor awam dan juga swasta,” katanya.

Joydeep, yang juga Rakan Pengurusan Asia- Pacific Banking Practice, berkata demikian pada Siri Persidanga­n Meja Bulat ASEAN mengenai ‘ Pengukuhan Pasaran Modal di ASEAN: Peluang dan Cabaran’ di sini, semalam.

Beliau berkata daripada jurang AS$100 bilion dalam jumlah pelaburan prasarana di ASEAN, sektor awam boleh menyambung antara AS$30 bilion dan AS$40 bilion, dan perlu meningkatk­an dengan lebih banyak lagi pelaburan daripada AS$5 bilion-AS$10 bilion kepada AS$ 50- 60 bilion, dengan gabungan baik pembiayaan bank dan pasaran modal.

Joydeep mencadangk­an pendekatan berkembar keputusan dasar yang berjujukan dan pelaksanaa­nnya menerusi program serantau bagi mempercepa­tkan pengukuhan pasaran modal di ASEAN.

Bagi dasar-dasar asas, beliau berkata peningkatk­an mudah tunai dalam sekuriti kerajaan dalam seluruh tempoh boleh menjadi penetapan harga rujukan efektif bagi bon korporat.

“Ini boleh dicapai menerusi pembukaan semula terbitan, menyediaka­n program dealership utama yang menarik dan prasarana pasaran sekunder yang kukuh, antara lainnya,” katanya.

Mengenai kerangka dan reka bentuk pasaran, beliau berkata kerajaan juga akan menimbang menghapusk­an dasar cukai yang membantutk­an pembanguna­n, seperti cukai berganda dan duti setem tinggi, dan menawarkan insentif cukai bagi menggalakk­an pembanguna­n aset keutamaan seperti prasarana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia