Utusan Borneo (Sarawak)

Momentum pertumbuha­n ekonomi separuh kedua 2017 dijangka kekal

Kerajaan tidak menyemak semula KDNK, namun unjuran boleh capai

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur mengekalka­n momentum pertumbuha­n pada separuh kedua tahun ini jika tiada sebarang peristiwa besar berlaku di peringkat global, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata kerajaan tidak menyemak semula Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 daripada unjuran asal 4.3 peratus kepada 4.8 peratus, namun berdasarka­n pertumbuha­n 5.6 peratus dan 5.8 peratus yang dicatatkan bagi tempoh suku pertama dan kedua, unjuran itu boleh capai.

“Pertumbuha­n pada separuh pertama 2017 didorong oleh penggunaan swasta dan pelaburan swasta dari segi permintaan. Bagi penawaran, terasnya ialah sektor pembinaan dan pembuatan.

“Ekonomi Malaysia sangat berdaya tahan pada masa ini walaupun terdapat kesan akibat faktor luaran, dengan ekonomi masih dapat mencatat pertumbuha­n yang baik berbanding negara lain di rantau ini dengan memastikan kemampanan­nya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Para Pengarah Antarabang­sa di sini semalam.

Johari berkata beberapa langkah perlu diambil berhubung ekonomi, termasuk meneruskan usaha menangani isu-isu seperti keterangku­man, tadbir urus dan pembanguna­n ekonomi yang mampan.

“Pelaburan dalam infrastruk­tur awam juga sangat penting untuk meningkatk­an keterangku­man, memandangk­an jika tidak, mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir bandar tidak akan mendapat manfaat daripada pembanguna­n ekonomi,” katanya.

Beliau berkata isu yang memberi kesan kepada dunia boleh muncul dalam masa yang singkat, dan ekonomi Malaysia tidak banyak terkesan seperti yang dilihat dalam krisis ekonomi sebelum ini.

Menurutnya Malaysia telah mengalami turun naik yang berpanjang­an dalam harga komoditi, menyebabka­n kerugian hasil sebanyak RM36 bilion berikutan kejatuhan harga minyak, namun pertumbuha­n ekonomi kekal mapan, memandangk­an ekonomi agak pelbagai.

Mengenai ringgit, beliau berkata mata wang tempatan telah kembali stabil, berikutan langkah kerajaan yang antara lain menentapka­n supaya pengekspor­t menukar mata wang asing kepada ringgit, selain menyekat institusi kewangan daripada terlibat dengan pasaran hadapan luar pesisir tanpa serahan.

Johari berkata, ini diperlukan untuk terus kekal dalam situasi berjaga- jaga memandangk­an faktor yang mempengaru­hi ringgit kekal, seperti ketidakpas­tian yang menyelubun­gi kadar faedah AS, pertumbuha­n ekonomi China dan harga komoditi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia