Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa hadiri ceramah awam Jumaat ini

-

MIRI: Orang ramai dipelawa menghadiri ceramah awam bertajuk ‘Manfaat-Manfaat Perhutanan Bandar dan Ekosistem’ pada Jumaat ini, di Pustaka Miri.

Kemasukan bagi program bermula jam 9 pagi anjuran bersama Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan Persatuan Taman Alam Semula Jadi Piasau Camp (PCMNPS) itu adalah percuma.

SFC dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, ceramah itu mengenai perhutanan bandar dan pelbagai cara ia memberi kesan kepada masyarakat, akan disampaika­n Dr Cecil Konijnendi­jk daripada The University of British Columbia, yang telah mengajar, mempelajar­i dan menasihati peranan pokok dan ruang hijau di bandar dan bandar raya.

“Sempena Program Pemulihara­an, Pendidikan, Promosi dan Kesedaran (CEPA), kita mempunyai beberapa siri aktiviti luar pada jam 3 petang, seperti menanam pokok, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca pada masa tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri ceramah itu boleh menghantar nama dan butiran untuk dihubungi ke samanthak@sarawakfor­estry. com atau hubungi Samantha Kwan pada talian 085-644487 untuk keterangan lanjut. SIBU: Seorang lelaki berusia 29 tahun gagal membayar denda RM7,000 diperintah­kan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin setelah didapati melakukan dua kesalahan berasingan.

Dalam kesalahan pertama, Awang Omar Awang Ismail mengaku bersalah atas pertuduhan boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Justeru, beliau didenda sejumlah RM3,500 dan penjara lima bulan.

Tuduhan dikehendak­i menyatakan Awang Omar gagal menunjukka­n dokumen pengenalan kebenaran semasa pemeriksaa­n polis di Balai Polis Sentral Sibu, Jalan Kampung Nyabor kira-kira jam 2 petang pada 12 Ogos.

Di bawah peraturan ini, seseorang pesalah boleh disabitkan sehingga penjara tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya.

Dalam pertuduhan berasingan, beliau didenda sejumlah RM3,500 dan jika gagal membayarny­a dikenakan tujuh bulan penjara kerana didapati menggunaka­n da- dah.

Di samping itu, beliau turut diperintah­kan menjalani pengawasan selama dua tahun.

Beliau didapati melakukan kesalahan di tempat yang sama kira- kira jam 3.40 petang, pada 10 Julai 2015 dan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Awang Omar turut merayu untuk menjalani hukuman denda sahaja.

Bagaimanap­un, beliau diperintah­kan menjalani hukuman penjara selepas gagal membayar kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia