Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar IPT larikan kanakkanak dituduh hari ini

Suspek berusia 21 akan dituduh atas sembilan pertuduhan

-

PORT DICKSON: Suspek utama yang dipercayai melarikan kanak- kanak perempuan berusia sembilan tahun dari rumahnya di Kuarters Politeknik Port Dickson pada 14 Ogos lepas, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port DicksonSup­tZainudinA­hmad berkata, suspek berusia 21 tahun itu merupakan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Port Dickson akan dituduh atas sembilan pertuduhan.

Zainudin berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 4 (a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual KanakKanak 2017; Seksyen 4 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017; Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995.

“Kita sebenarnya telah tahan tiga suspek yang masing-masing merupakan sepupu berusia 18 hingga 21 tahun. Tetapi hanya seorang yang akan dituduh manakala dua lagi akan menjadi saksi pendakwaan,” katanyakep­ada pemberita dalam sidang media di sini, semalam.

Z a i n u d i n b e r k a t a , berdasarka­n hasil siasatan yang diperoleh, suspek dipercayai cuba melakukan serangan seksual terhadap mangsa ketika melarikan mangsa berkenaan.

“Mangsa telah dilarikan dan dibawa ke rumah suspek yang kebetulan ketika itu keluarga suspek tidak ada di rumah kerana berdakwah di luar negara. Suspek telah mengikat mangsa di sebuah kerusi dan dicabul beberapa kali berdasarka­n kesan cedera yang terdapat pada kemaluan mangsa.

“Suspek juga didapati pernah melarikan mangsa yang sama dari rumahnya pada bulan Ramadan lepas dan membawa mangsa ke bangunan bersebelah­an

Supt Zainudin Ahmad Ketua Polis Daerah Port Dickson

rumah mangsa serta turut melakukan cubaan untuk merogol mangsa namun gagal,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainudin berkata sehari sebelum kejadian melarikan kanakkanak itu, suspek turut terlibat dalam cubaan melarikan seorang remaja perempuan sebuah sekolah agama di Telok Kemang berusia 17 tahun ketika mangsa sedang tidur dengan cara menekup mulut mangsa menggunaka­n cecair pencuci mozek.

“Cubaan i tu gagal kerana mangsa tersedar dan menjerit,” katanya. Zainudin berkata suspek juga terlibat dengan kes curi barangan pelajar termasuk motosikal dalam IPT sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OPERASI MENCARI: Bot Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain yang hilang dalam pelanggara­n dengan sebuah kapal dagang Alnic MC, di...
— Gambar Bernama OPERASI MENCARI: Bot Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain yang hilang dalam pelanggara­n dengan sebuah kapal dagang Alnic MC, di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia