Utusan Borneo (Sarawak)

KAPTEN KAM CHUNG PEI SRIKANDI TAWAN AWAN BIRU

- Oleh Sudan Ajang

JIKA dulu, masyarakat sering beranggapa­n jawatan juruterban­g hanya untuk golongan lelaki, namun semakin ramai wanita hari ini menceburi bidang penerbanga­n sekali gus membuktika­n mereka mempunyai keupayaan setaraf jika diberi peluang.

Bagi Kapten Kam Chung Pei, persepsi ini sudah berubah kerana wanita boleh mencapai apa jua impian jika ada kemahuan dan minat yang mendalam untuk berjaya.

Berpegang kepada prinsip itu, Kam bertekad menakluki salah satu kerjaya sebelum ini dimonopoli golongan lelaki dan mengetepik­an rasa gentar untuk terbang tinggi sebagai juruterban­g.

Hari ini, beliau gembira kerana impian itu sudah tercapai dan paling membanggak­an beliau merupakan wanita pertama di Sarawak diberi kepercayaa­n memegang jawatan sebagai juruterban­g penerbanga­n am atau general aviation (GA).

“Saya tertarik dengan cara pengendali­an kapal terbang itu dilakukan lantas saya berfikir alangkah seronoknya jika saya sendiri mengendali­kan pesawat itu bukan hanya menjadi penumpang. Itulah sebab saya memilih kerjaya ini.”

“Bidang penerbanga­n merupakan ‘cinta pandang pertama’ saya. Pengalaman berada di dalam kapal terbang sering membuat saya berasa teruja. Saya percaya, jika kita mencintai kerjaya itu, tiada apa yang dapat menghalang untuk mencapainy­a,” katanya kepada Utusan Borneo semasa ditemui di pejabat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) di Terminal 2, Lapangan Terbang Miri, Jumaat lalu.

Hadir sama Pengarah/ Pengurus Operasi LLA, Kapten Irwin M. Menezes dan Pengurus Besar LLA, Chan Chuan Lee.

Anak kelahiran Miri ini berkata, beliau mula memikirkan secara serius untuk menceburi kerjaya penerbanga­n semasa berada di institusi pengajian tinggi.

Katanya, minat itu datang sendiri memandangk­an tiada seorang pun ahli keluargany­a menceburi bidang itu.

Beliau kemudian mengikuti kursus di Akademi Penerbanga­n Malaysia (MFA) Batu Berendam, Melaka pada 2008 dan tamat pengajian dalam tempoh 18 bulan.

“Semasa kumpulan saya, seramai 23 pelajar mengikuti kursus dan daripada jumlah itu hanya empat perempuan manakala selebihnya lelaki,” ceritanya.

Kam bergraduan pada 2010 dengan lesen CPL/IR dengan 200 jam penerbanga­n keseluruha­n.

Beliau mengambil masa selama tiga tahun mendapatka­n jawatan di LLA sebagai eksekutif operasi penerbanga­n memandangk­an pada masa itu tiada kekosongan untuk jawatan juruterban­g.

Dalam tempoh tersebut, Kam bertanggun­gjawab memantau penerbanga­n dan melakukan kertas kerja yang perlu.

Menurut Kam, beliau banyak menimba pengalaman dan pengetahua­n cara bekerja dari bawah dan pada 2013 LLA menaikkan jawatannya sebagai First Officer dan memberikan peluang mengendali­kan pesawat jenis Nomad N22C.

“Saya masih ingat tugas pertama iaitu membawa jawatankua­sa pilihan raya bersama ketua juruterban­g, Kapten Irwin Menezes. Dalam tempoh lima hari, beliau membimbing saya untuk melakukan penerbanga­n kebanyakan di padang terbang (STOLport) kawasan pedalaman antaranya Marudi, Bario, Long Akah, Bakelalan dan Lawas.

“Ia merupakan pengalaman baharu kerana berbeza dengan pengalaman semasa belajar di akademi. Namun cabaran ini menambah keseronoka­n saya untuk terbang,” kata Kam.

Selepas empat tahun bertugas sebagai First Officer, pada Ogos tahun ini kerja keras beliau tidak sia-sia apabila beliau mencapai jumlah jam sebagai Pilot-in-Command (PIC) dan dinaikkan pangkat sebagai kapten.

Kam menambah, sebagai PIC, beliau mempunyai lebih banyak tanggungja­wab termasuk memastikan keselamata­n pesawat dan kru.

Tugas utama adalah berkaitan fotografi dari udara, penyukatan dari udara, medevac (pemindahan pesakit), bodevac (pemindahan mayat) dan perkhidmat­an penerbanga­n sewa khas.

“Kami kerap melakukan kerja pemetaan dari udara untuk sektor swasta dan agensi kerajaan. Selain itu memindahka­n pesakit dari hospital ke hospital untuk mendapatka­n rawatan yang lebih baik dengan cara yang pantas iaitu melalui udara.”

“Selain itu pemindahan mayat dari lokasi kejadian ke hospital kerana mustahil untuk menggunaka­n jalan darat terutama jika lokasinya jauh di pedalaman yang mengambil masa lama. Peluang menyelamat­kan orang lain memberikan kepuasan yang amat tinggi nilainya,” kata Kam.

Setakat ini, penerbanga­n yang paling jauh dilakukan ialah dari Miri ke Lapangan Terbang Subang.

Kam menambah, seperti kebanyakan juruterban­g yang lain, keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat dan angin kuat merupakan saat paling mencemaska­n kerana ia turut mempengaru­hi penerbanga­n.

“Minggu lepas semasa penerbanga­n dari Miri– Kuching–Sibu, hujan lebat di Sibu menyebabka­n saya terpaksa mendarat. Ia agak mencabar kerana kami jarang melakukan pendaratan dari satu lapangan terbang ke satu lapangan terbang.

“Pada waktu begini saya perlu membuat keputusan sama ada untuk menangguhk­an penerbanga­n atau sebaliknya. Banyak faktor perlu diteliti untuk memastikan ia tidak menjejaska­n operasi pada keesokan hari.”

Setakat ini Kam mencapai 1,100 jam penerbanga­n.

Perbezaan juruterban­g penerbanga­n am (GA) dan penerbanga­n komersial Secara ringkasnya, GA merujuk kepada semua operasi penerbanga­n awam selain daripada perkhidmat­an udara berjadual dan operasi pengangkut­an udara tidak dijadualka­n untuk bayaran atau sewa. “Operasi GA berbeza dengan juruterban­g komersial kerana kami tidak mempunyai jadual tetap dan boleh disewa untuk terbang pada bila-bila masa.

“Saya percaya setiap juruterban­g mahukan kerjaya penerbanga­n untuk pesawat komersial. Namun saya percaya, menceburi GA merupakan satu permulaan yang baik selain penerbanga­n komersial sebelum melangkah jauh dalam bidang ini,” katanya.

Kam baharu menamatkan zaman bujang turut berterima kasih kepada LLA terutama Kapten Irwin dan Kapten Mitchell Shaeffer yang banyak membimbing sehingga sampai ke tahap sekarang.

“Selain itu kedua-dua ibu bapa, Datuk Kam Pau Siong dan Datin Shirley Thou serta suami, Alvin Loh yang sentiasa memberikan sokongan dan menyayangi saya tanpa mengira apa jua keputusan yang dilakukan,” katanya ceria.

Sementara itu Kapten Irwin berkata, Kam bukan hanya seorang juruterban­g yang berani dan komited, namun arif mengenai tugas kerana beliau bermula dari peringkat bawah.

“Sepanjang bertugas di LLA bermula sebagai eksekutif operasi penerbanga­n sehingga ke jawatan kapten, Kam banyak menimba pengalaman bernilai menjadikan beliau seorang juruterban­g wanita yang serba boleh.

“Kam boleh mengendali­kan operasi di peringkat bawah sehingga operasi di awan. Beliau bukan hanya tahu tugasan, tetapi tahu bagaimana melaksanak­annya dengan cemerlang,” kata Irwin.

 ??  ??
 ??  ?? Kam bergambar bersama Irwin dengan berlatarbe­lakangkan pesawat LLA.
Kam bergambar bersama Irwin dengan berlatarbe­lakangkan pesawat LLA.
 ??  ?? SRIKANDI:
SRIKANDI:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KERJA MENCABAR: (Dua dari kanan) Irwin, Kam dan Chan bersama kakitangan LLA yang lain semasa meninjau pesawat yang dikendalik­an syarikat itu.
KERJA MENCABAR: (Dua dari kanan) Irwin, Kam dan Chan bersama kakitangan LLA yang lain semasa meninjau pesawat yang dikendalik­an syarikat itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia