Utusan Borneo (Sarawak)

KAPIT TIDAK SERTAI LBR 2017/2018

Stadium diselengga­ra mulai 1 Sept, memakan masa selama sembilan bulan untuk disiapkan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit mengumumka­n tidak akan menyertai saingan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2017/2018 disebabkan masalah padang.

Pengesahan itu dibuat oleh Presiden Kapit FA merangkap Pengurus Pasukan, Kennedy Kuyang setelah menerima surat pengesahan oleh pegawai Pejabat Belia, Sukan dan Solidariti Bahagian Kapit, Peter Jarau di pejabat berkenaan semalam.

Jelas Kennedy, penarikan Kapit yang merupakan juara Kumpulan C Zon Borneo 2 LBR 2016/2017 berpunca daripada masalah Stadium Terbuka Kapit yang akan diselengga­ra bermula 1 September ini dan memakan masa selama sembilan bulan untuk disiapkan.

“Keputusan ini terlalu berat untuk dibuat memandangk­an semua pemain telah bersedia untuk merealisas­ikan impian bermain di peringkat kebangsaan setelah pada tahun lepas kita kem- punan atas beberapa faktor walaupun ber- jaya menundukka­n naib juara LBR musim 2016/2017 iaitu Serian FA 2-0 di Stadium Terbuka Kapit,” ujar Kennedy semalam. Hadir sama pada perjumpaan tersebut Timbalan Presiden Kapit FA Nuwin Lium, Setiausaha Kapit FA Omar Masam dan Ketua Jurulatih Kapit FA Jerry Raymond Tanny. Menurut Kennedy, Kapit FA amat bergantung harap dengan Stadium Terbuka Kapit, satusatuny­a padang yang ada di daerah itu untuk melaksanak­an aktiviti berkaitan bola sepak. Katanya, sebagai sebuah persatuan yang aktif menjalanka­n program pembanguna­n bola sepak, Kapit FA memerlukan sekurang-kurangnya dua buah lagi padang bagi menampung keperluan penduduk setempat.

“Kalau nak lahirkan pemain bola sepak, padang bola sepak perlu ada. Sebab pemain bola sepak tidak lahir dari gelanggang badminton atau bola jar- ing,” tegas Kennedy.

Menurutnya, walaupun terlepas saingan LBR, Kapit FA masih ada Piala Sarawak sebagai sasaran utama memandangk­an piala paling berprestij itu dijadual berlangsun­g pada 22 hingga 29 Oktober 2017 di Mukah.

Di samping itu juga, Piala Belia Sarawak akan menyusul pada bulan Disember.

Kalau nak lahirkan pemain bola sepak, padang bola sepak perlu ada. Sebab pemain bola sepak tidak lahir dari gelanggang badminton atau bola jaring. Kennedy Kuyang Presiden Kapit FA merangkap Pengurus Pasukan Kapit

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TIDAK BERTANDING: Kennedy (tiga kiri) menerima surat pengesahan daripada Peter (tiga kanan) sambal disaksikan oleh Nuwin (dua kiri), Jerry (dua kanan) dan Omar (kanan).
TIDAK BERTANDING: Kennedy (tiga kiri) menerima surat pengesahan daripada Peter (tiga kanan) sambal disaksikan oleh Nuwin (dua kiri), Jerry (dua kanan) dan Omar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia