Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud kursus baharu ikut perubahan zaman

Yayasan Sarawak keluar biasiswa, pinjaman dalam kursus keselamata­n siber, kejurutera­an molekul dan sebagainya

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KOTA SAMARAHAN: Institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk pusat kemahiran dinasihati agar mewujudkan kursus baharu mengikut keperluan perubahan zaman berteknolo­gi.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri telah memperuntu­kkan dana RM100 juta setahun sebagai biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar.

Katanya Yayasan Sarawak sudah mengeluark­an biasiswa dan pinjaman dalam kursus baharu termasuk keselamata­n siber, kejurutera­an molekul dan sebagainya.

“Kursus pengajian (baharu) ini tidak ada dahulu tetapi zaman sudah berubah, dan kini semuanya ada.

“Oleh itu pusat kemahiran dan institusi pengajian tinggi dinasihati mewujudkan kursus baharu,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Pembanguna­n Modal Insan Berkemahir­an (SHCDC) 2017 di DeTAR Putra, UNIMAS, di sini semalam.

Kursus pengajian (baharu) ini tidak ada dahulu tetapi zaman sudah berubah, dan kini semuanya ada. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Dato Sri Adenan Abdul Rahman dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohammad Kadim Suaidi.

Beliau turut mendedahka­n bahawa kerajaan negeri telah berjaya meningkatk­an pendapatan Yayasan Sarawak.

Justeru, katanya peruntukan yang disalurkan kepada pelajar universiti di peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) juga meningkat.

“PhD ini saya mahu mereka buat kajian sebagai contoh, DNA manusia dan sebaik dia memperoleh projek tesis, dia boleh menjalinka­n kerjasama dengan pakar dalam bidang berkaitan.

“Kita beri mereka pinjaman daripada peruntukan yang diberi kepada Yayasan Sarawak dan jika keputusan mereka cemerlang, pinjaman itu boleh ditukar kepada biasiswa,” ujarnya.

Tambahnya, ia merupakan hasil daripada premium industri perkayuan yang dinaikkan dari 80 sen kepada RM50 per tan.

Menurut Abang Johari, jumlah premium tersebut belum dikaji semula sejak lebih 30 tahun lalu.

“Menerusi perolehan itu, kita boleh membuat pelaburan dalam pembanguna­n modal insan.

“Transforma­si memerlukan ilmu, jadi kita hantar pelajar kita untuk menimba ilmu dan akan kembali berbakti kepada negeri sebaik tamat pengajian,” jelas Abang Johari.

Sementara itu, Kadim dalam ucapannya berkata UNIMAS sentiasa bersedia menyokong negeri Sarawak ke arah ekonomi digital.

“Malah program akademik kami telah sedia yang dapat menyokong dasar ekonomi digital sekali gus membantu melahirkan modal insan untuk membantu transforma­si industri ke arah revolusi industri 4.0,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksika­n acara memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UNIMAS dengan Kementeria­n Sumber Manusia dan Peeoplelog­y.

 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Abang Johari menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Kadim dan Adenan di Kota Samarahan semalam. Turut kelihatan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip.
KERJASAMA: Abang Johari menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Kadim dan Adenan di Kota Samarahan semalam. Turut kelihatan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Lee (tengah) menerima cenderamat­a selepas merasmikan majlis berkenaan malam kelmarin.
CENDERAMAT­A: Lee (tengah) menerima cenderamat­a selepas merasmikan majlis berkenaan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia