Utusan Borneo (Sarawak)

Bomoh Indonesia didakwa rogol dicekup

Suspek dipercayai merogol mangsa yang sakit perut ketika rawatan dalam bilik air

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang anak dibawa ibunya berubat dengan bomoh mendakwa dirogol bomoh warganegar­a Indonesia dalam bilik air ketika proses rawatan berlaku.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, bomoh lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun itu telah ditahan ketika menjual sayur di Tatau, Rabu lepas.

Kata Saiful, kejadian dipercayai berlaku selepas ibu mangsa membawa mangsa yang mendakwa sakit perut berjumpa bomoh berkenaan di Sibu Jaya pagi Selasa lalu.

“Ibu mangsa mengenali suspek kerana pernah mendapatka­n rawatan kegatalan badan sebelum ini. Dan, pada hari mangsa dirawat, ibu dan ibu saudara mangsa berada dalam rumah berkenaan,” katanya.

Jelasnya, selepas men- gurut perut dan memasuk jari telunjuk pada alat sulit mangsa, suspek kemudian memberitah­u ibu mangsa bahawa anak perempuann­ya sudah kehilangan dara.

Kata Saiful, suspek kemudian meminta mangsa mandi di dalam bilik air tetapi menolak namun akhirnya mengikut arahan suspek kerana bimbang dimarahi ibunya.

“Mangsa dipercayai dirogol suspek ketika berada dalam bilik air tersebut. Mangsa mengalami sakit di bahagian sulit kemudian pergi ke Hospital Sibu untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Saiful berkata, selepas dinasihat doktor mangsa membuat laporan polis pada jam 12.45 tengah hari pada hari sama.

Menurut Saiful, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 dan 377 C dan A Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

Ibu mangsa mengenali suspek kerana pernah mendapatka­n rawatan kegatalan badan sebelum ini. Dan, pada hari mangsa dirawat, ibu dan ibu saudara mangsa berada dalam rumah berkenaan. ACP Saiful Bahri Abdullah Ketua Polis Daerah Sibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia