Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes rogol bawah umur

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki merogol seorang gadis bawah umur diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman enam hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Nur Hasanah Jamil dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Nur Hasanah memberitah­u seorang ibu telah membuat laporan polis dengan mendakwa anak perempuann­ya yang berusia 17 tahun telah dirogol.

Dalam aduannya, pengadu, 41, mendakwa sekitar jam 12.30 tengah hari, 20 Ogos lalu, anak perempuann­ya telah keluar bersama seorang lelaki berusia 25 tahun dan bermalam di rumah lelaki terbabit yang terletak di kawasan Lambir.

Ketika ditanya, anaknya mengaku telah melakukan hubungan sulit dengan lelaki terbabit.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10.20 malam, 21 Ogos lalu, sepasukan polis yang melakukan Ops Cantas berjaya menahan seorang lelaki di Balai Polis Pusat Miri kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lan- jutnya, Nur Hasanah memberitah­u reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 25 tahun dari Kampung Beraya, Batu 1, Bakam di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mendapatka­n laporan perubatan mangsa dari pihak hospital.

Justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman selama enam hari sehingga 28 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia