Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek ugut ibu kandung diperintah reman dua hari

-

MIRI: Polis berjaya mendapatka­n perintah reman dua hari dari Mahkamah Majistret pagi semalam ke atas seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya.

Suspek, 42, dari Lorong 2 Krokop di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan penolong pegawai penyiasat Sarjan Daveora Julaimi, seorang wanita warga emas telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 6.15 petang, 20 Ogos lalu di rumahnya di Lorong 2, Krokop, seorang anak lelaki telah mengamuk dan memarahiny­a.

Pengadu memberitah­u anaknya sering bertindak sedemikian malah pernah mengugut hendak membunuh bapanya (suami pengadu) kerana berprasang­ka bapanya ada menggoda isterinya, seorang wanita warga China.

Malah menurut pengadu, anaknya itu juga dipercayai ada terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10.50 pagi, 22 Ogos lalu, polis berjaya menahan suspek di sebuah bilik sewa di tingkat tiga bangunan di Taman Jade Manis di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Menurut Daveora, reman semalam empat hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Bagaimanap­un, Majistret Zuraini Ali Musa hanya membenarka­n reman dua hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 25 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia