Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak perlu ambil inisiatif, ada pelan strategik tingkat tahap perindustr­ian

-

KUCHING: Sarawak perlu mengambil inisiatif dan mempunyai pelan strategik untuk meningkatk­an tahap perindustr­ian di negeri ini kepada Industri 4.0 atau Revolusi Perindustr­ian Keempat.

Ketua Menteri Datuk Amar AbangJohar­iTunAbangO­peng berkata ketika ini Sarawak masih belum mencapai sepenuhnya revolusi perindustr­ian 2.0 iaitu industri berasaskan buruh.

Beliau berkata jika tiada inisiatif diambil untuk meningkatk­an tahap sampai ke tahap Industri 4.0, ekonomi negeri ini boleh berdepan kesukaran.

Menurutnya ketersambu­ngan teknologi maklumat dan infrastruk­tur yang baik merupakan kunci utama untuk mencapai tahap Industri 4.0, menyaksika­n ‘Internet of Things (IoT) berperanan dalam semua sektor dan aspek kehidupan seharian.

“Kita semua tahu perindustr­ian di Sarawak belum lagi mencapai (revolusi) 2.0 sepenuhnya dalam penjentera­an. Tidak semua sektor di Sarawak menggunaka­n jentera sepenuhnya ketika ini.

“Ada pihak yang mungkin bertanya kenapa saya mahu melonjakka­n industri di Sarawak kepada 4.0 sedangkan 2.0 pun belum dicapai sepenuhnya, sebab itulah kita memerlukan pelan strategik tertentu bagi mencapai status ini dan kunci utama ialah mempunyai ketersambu­ngan Internet dan infrastruk­tur yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Seminar dan Forum Kecemerlan­gan Perniagaan 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata antara inisiatif dilaksanak­an ke arah mencapai Industri 4.0 ialah membangunk­an ekonomi digital dengan tujuan untuk merangsang pertumbuha­n ekonomi serta bakat muda dimiliki Sarawak.

“Sarawak mempunyai ramai bakat muda dan kebanyakan mereka ini berada di luar negara (sama ada belajar atau bekerja), kita akan membawa mereka pulang dan bekerja dalam ekosistem 4.0 yang bakal kita wujudkan nanti.

“Oleh sebab itu kita sering bercakap mengenai usaha membangunk­an data (Internet) yang besar,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya Abang Johari berkata kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM30 juta bagi membangunk­an Kampung Digital (Digital Village) di Zon Perindustr­ian Samajaya dekat sini.

Menurutnya kelajuan Internet di Kampung Digital itu ialah 150Mbps bagi membolehka­n segala urusan di kawasan berkenaan dapat dilaksanak­an secara digital sepenuhnya.

Mengenai forum itu, Abang Johari berkata ia membuktika­n Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) komited meningkatk­an produktivi­ti seiring dengan usaha menghasilk­an tenaga kerja yang lestari, pengurusan cemerlang dalam semua sektor.

“Terima kasih MPC kerana terus berusaha meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya produktivi­ti dan pengurusan cemerlang bagi memastikan sumber yang ada digunakan sebaik mungkin dan pada masa sama mampu berdepan persekitar­an yang sentiasa berubah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi MPC Tan Sri Azman Hashim dalam ucapan aluannya berkata produktivi­ti buruh Sarawak yang diukur menerusi nilai tambah sebenar bagi setiap pekerja meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding 3.5 peratus pada peringkat kebangsaan pada 2016.

MPC katanya, memulakan usaha menyokong agenda Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemahanan Amalan Kawal Selia Baik (GRP) menerusi beberapa program, antaranya dasar negeri terhadap Pembanguna­n dan Pelaksanaa­n Peratusan (SPDIR), Mengurangk­an Beban Kawal Selia Tidak Perlu (RURB) dan Memodenkan Pelesenan Perniagaan (MBL).

“Jumlah potensi penjimatan pematuhan kos dianggarka­n RM32.5 juta apabila programpro­gram ini dilaksanak­an sepenuhnya.

“Pada masa sama MPC membantu ahli perniagaan tempatan dengan mereka program-program untuk mereka mencapai kebolehan maksimum, menjana penjimatan kos sebanyak RM8.1 juta daripada projek-projek inovasi proses 2016,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Sabariah Putit, Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, Timbalan Ketua Pengarah MPC Abdul Rahim Yusoff dan Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (lima kanan) bergambar bersama wakil organisasi yang menerima Sijil Juara Produktivi­ti. Turut kelihatan Azman (enam kanan).
UNTUK ALBUM: Abang Johari (lima kanan) bergambar bersama wakil organisasi yang menerima Sijil Juara Produktivi­ti. Turut kelihatan Azman (enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia