Utusan Borneo (Sarawak)

AJK cawangan parti perlu bantu masyarakat anjur program

-

ENGKILILI: Ahli jawatankua­sa cawangan parti termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili perlu memain peranan membantu masyarakat menganjurk­an pelbagai program.

Naib Presiden SUPP Pusat merangkap Penasihat SUPP Cawangan Engkilili Datuk Francis Harden Hollis berkata dengan peranan atau sokongan itu ia membawa kepada kejayaan penganjura­n program.

“Semua ahli jawatankua­sa perlu memainkan peranan dalam membantu masyarakat dengan menganjurk­an pelbagai program demi manfaat masyarakat yang sentiasa mengharapk­an perubahan ke arah cara hidup yang lebih baik.

“Tiada sebab berasa sangsi dalam menyampaik­an perkhidmat­an kepada masyarakat kerana kita mempunyai tapak yang kukuh melalui parti yang menganggot­ai kerajaan pemerintah iaitu Barisan Na- sional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat SUPP Cawangan Engkilili di pejabat cawangan di sini, baru-baru ini.

Harden yang juga Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti berkata, semua pihak perlu menekankan kepentinga­n kerjasama yang padu dalam menjayakan sebarang perancanga­n telah dirangka.

Beliau pada majlis sama turut menyampaik­an cek dengan jumlah keseluruha­n RM28,000 kepada tuai rumah yang hadir semasa lawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian ke Rumah Dabong Stengin, pada Mei lepas.

Selain itu, Harden turut menerima borang keahlian SUPP yang disampaika­n Tuai Rumah Roy Edward Entalai selaku pengerusi SUPP Cawangan Engkilili.

Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Sulit Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Philip Foster Hollis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia