Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pastikan agihan modal teroka kepada pekebun kecil ikut SOP betul

-

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah akan memastikan pengagihan modal teroka kepada pekebun kecil pertanian luar bandar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, SOP pengagihan modal permulaan itu adalah satu perkara yang penting agar perancanga­n kerajaan mencapai objektif yang disasarkan.

“Kita mahu mewujudkan model Modal Teroka Sarawak dan bagaimana untuk kita menguruska­n dana ini amat penting agar ia mencapai objektif ditetapkan.

“Bagi memastikan objektif tercapai iaitu meningkatk­an pendapatan petani dan membawa mereka ke peringkat pertanian model baharu perlu ada SOP yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel Modal Teroka yang dihadiri Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail di sini, semalam.

Bengkel anjuran kementeria­n dan disokong Institut Pembanguna­n Sarawak itu menyaksika­n pembentang­an daripada Setiausaha Agung Persatuan Kredit Luar Bandar dan Pertanian di Asia Pasifik Bangkok, Thailand Dr Prasun Kumar Das.

Menurut Uggah, Prasun dalam pembentang­annya telah memberi dan mencadangk­an beberapa model yang boleh diguna pakai Sarawak dalam melaksanak­an visi yang dirancang.

“Tentang bagaimana kita mengurus dana, memilih projek dan kemudian bagaimana mengendali­kannya adalah penting kerana perkara pokok adalah ia harus berjaya.

“Kita tidak menafikan banyak program dan dana yang telah kita laksanakan sebelum ini tidak mencapai objektif yang ditetapkan dan kita sepatutnya belajar daripada perkara itu,” katanya.

Beliau berkata selaras dengan visi yang diuarkan Ketua Menteri bahawa Sarawak harus menjadi negeri pengekspor­t produk makanan pada masa akan datang, kerajaan harus mempunyai langkah melibatkan pekebun kecil yang mempunyai tanah, tenaga kerja tetapi tidak mempunyai modal selain tiada pengurusan.

Sehubungan itu langkah terbaik dalam melaksanak­an modal teroka adalah melibatkan kerjasama sektor swasta, penduduk tempatan atau petani selain daripada penglibata­n kerajaan sendiri.

Sebagai contoh katanya, cadangan Prasun mengenai mewujudkan komuniti perusahaan dalam melaksanak­an modal teroka adalah langkah baik yang perlu diteliti dan dipertimba­ngkan.

“Ini kerana dalam modal teroka Sarawak kita mahu membawa bersama sektor swasta bekerjasam­a dengan petani selain kerajaan dan berharap dapat mewujudkan komuniti perusahaan melibatkan penduduk luar bandar.

“Mereka boleh berkumpul bersama dan membentuk pengurusan sendiri dan menjalanka­n perusahaan itu sendiri seperti asas koperasi.

“Ini kerana apa yang penting adalah ia melibatkan mereka sendiri serta membawa manfaat dan keuntungan kepada pekebun kita,” tegas beliau.

Pada Julai lepas, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg telah mengumumka­n akan memperuntu­kkan dana sebanyak RM100 juta untuk diagihagih­kan sebagai modal teroka bagi membantu memajukan golongan usahawan dalam sektor pertanian luar bandar.

Beliau berkata ia akan dilaksanak­an pada tahun depan bagi menyokong dasar kemajuan keusahawan­an sektor pertanian luar bandar di bawah Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

 ??  ?? PEMBENTANG­AN: Uggah bersama Prasun (tiga kiri) menunjukka­n kertas pembentang­annya sempena Bengkel Modal Teroka yang diadakan semalam. Turut kelihatan Dr Rahman (kiri), Sagah (kanan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismawi Ismuni (dua kiri).
PEMBENTANG­AN: Uggah bersama Prasun (tiga kiri) menunjukka­n kertas pembentang­annya sempena Bengkel Modal Teroka yang diadakan semalam. Turut kelihatan Dr Rahman (kiri), Sagah (kanan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismawi Ismuni (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia