Utusan Borneo (Sarawak)

101 individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

-

KUCHING: Seramai 101 individu dianugerah­kan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam Istiadat Pengurniaa­n Darjah- Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri di sini, semalam.

Majlis pengurniaa­n itu disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan turut dihadiri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Mendahului senarai penerima adalah Chang Pat Foh, bekas pegawai kerajaan yang telah dikurniaka­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang (JBK).

Seramai tujuh orang menerima Pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) iaitu Dr Lanie Daga, Boniface Edwin Manung, Hamden Mohamad, Kueh Hui Urg, Rasdi Johari, Raymund Joseph Tanin dan Tomi Jaya.

Manakala Pingat Pentadbira­n Awam Pingat Perkhidmat­an Bakti (PPB) pula dianugerah­kan kepada 15 penerima dan tiga penerima dikurniaka­n Ahli Bintang Sarawak (ABS).

Seterusnya, istiadat diteruskan dengan pengurniaa­n Pingat Ahli Bintang Kenyalang (ABK) kepada 23 penerima dan Pingat Pentadbira­n Awam Pingat Perkhidmat­an Terpuji (PPT) diberikan kepada 15 penerima.

Majlis pagi semalam diakhiri dengan pengurniaa­n Pingat Bentara Bintang Sarawak ( BBS) yang merekodkan penerima paling ramai iaitu seramai 37 orang.

Turut hadir, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pe- rundangan, Hubungan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, tetamu kehormat dan ketua jabatan.

 ??  ?? MENDAHULUI SENARAI: Tun Taib menyematka­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang kepada Chang Pat Foh.
MENDAHULUI SENARAI: Tun Taib menyematka­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang kepada Chang Pat Foh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia